Syed Saddiq setuju cadangan mansuh pencen menteri dan ahli parlimen

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman setuju dengan cadangan pakar ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid supaya memansuhkan pencen untuk semua menteri dan ahli Parlimen serta dimasukkan ke skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti orang lain.

Syed Saddiq berkata, cadangan itu wajar dilaksanakan supaya ahli politik merasai kekangan kewangan seperti yang dihadapi oleh rakyat biasa.

“100 peratus setuju dengan cadangan tiada pencen untuk ahli politik. Termasuk saya.



“Sekarang ini pencen ahli politik lagi berganda daripada penjawat awam yang berkhidmat puluhan tahun. Ahli politik masuk pejabat, terus dapat pencen seumur hidup,” katanya dalam siaran di Facebook pada Rabu.

Pada Rabu, media melaporkan Muhammed berpendapat semua menteri dah ahli Parlimen patut ‘diajar’ untuk merasai kesempitan hidup seperti dilalui orang kebanyakan dengan membatalkan pencen mereka dan mencadangkan ia dimasukkan ke skim caruman KWSP seperti orang lain.

Sementara itu, ujar Syed Saddiq yang juga Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu, ahli politik yang menjadi menteri, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) turut mendapat pencen berganda kerana ada dalam kalangan mereka diberikan pelbagai jawatan dalam badan kerajaan.

“Pencen yang bertingkat-tingkat pula. Menteri, ahli Parlimen, ADUN macam-macam jawatan.



“Wajar cadangan letak di bawah KWSP, sama seperti rakyat biasa,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker