Nina Smith teruk dikecam isu malu berwajah Melayu

Nina Smith teruk dikecam isu malu berwajah Melayu

Pelakon Nina Smith memohon maaf, sekali gus menolak dakwaan malu asal usul sebagai orang Melayu seperti video yang tular, baru-baru.

Menjelaskan kontroversi yang timbul, gadis berusia 24 tahun itu meminta orang ramai menonton video penuh terlebih dahulu sebelum membuat penilaian.



Nina atau nama sebenarnya, Amalina Smith mengakui, potongan video yang disiarkan menimbulkan salah faham, malah tidak menafikan kenyataannya dalam video kedengaran angkuh.

“Selepas menonton potongan video ini, saya akui kenyataan kedengaran seperti angkuh.

“Sebenarnya, saya tak berniat nak mengatakan malu memiliki wajah kemelayuan.

“Namun, bila video dipotong dan disunting memang kedengaran seolah-olah saya malu berwajah Melayu.



“Jadi, saya fahamlah kenapa orang marah dan kecam saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Jesnita itu berkata, kontroversi tidak memberi kesan kerana memiliki ramai rakan dalam industri, sekali gus belajar mengawal emosi.

Lagipun, katanya, kecaman adalah asam garam dunia hiburan.

“Alhamdulillah, kontroversi tak jejaskan kesihatan mental saya, cuma saya terkejut apabila ada yang tuduh saya mereka-reka cerita berdarah kacukan.



“Bapa berasal dari Amerika Syarikat, jadi takkan saya nak buang nama keluarga hanya semata-mata nak memuaskan hati semua.

“Tentulah bapa terasa hati jika saya tak pakai nama keluarga. Ada pula yang tuduh saya anak angkat dan macam-macam lagi,” katanya.

Bagaimanapun, Nina yang sudah berada dalam industri sejak 2017 melihat mungkin ini peluang dirinya untuk lebih dikenali.

“Saya tak nafikan di sebalik kontroversi, mungkin orang lebih mengenali saya. Saya hampir enam tahun berlakon, tetapi nasib tak menyebelahi saya.



“Siapa tahu mungkin gara-gara kontroversi ini membuka peluang rezeki untuk saya,” kata anak tunggal dalam keluarga itu. BH

Nina Smith teruk dikecam isu malu berwajah Melayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker