Gosip dengan Mia Sara bukan gimik – Idan Aedan

Gosip dengan Mia Sara bukan gimik – Idan Aedan

Pelakon remaja, Idan Aedan menegaskan hubungannya dengan rakan seperjuangan, Mia Sara Nasuha hanya sebagai kawan, bukan bercinta atau gimik seperti diperkatakan sesetengah peminat.

Katanya, keakraban mereka disalah anggap sehingga timbul dakwaan gosip tersebut sengaja dicipta untuk meraih sensasi.



“Ini bukan gimik. Biasalah, apabila kita muat naik gambar dengan individu daripada jantina berbeza, mesti akan timbul cerita sebegitu, walaupun orang tak tahu cerita sebenar.

“Saya rasa, saya tak perlu gimik murahan sebegitu kerana saya lebih selesa melonjakkan nama saya menerusi hasil kerja dalam lakonan.

“Bagi saya biarlah orang kenal saya dengan bakat yang saya ada, bukan menerusi cerita tidak betul. Apa pun saya okey saja.

“Sebelum ini saya sudah jelaskan hal sebenar dalam Instagram. Nampaknya ramai faham, kalau ada yang masih tak percaya, itu terpulang,” katanya kepada Kosmo! Online.



Pelakon berusia 18 tahun itu ditemui ketika majlis pra pelancaran filem berkisar dunia bola sepak, Anak Rimau terbitan bersama syarikat barangan sukan, Al-Ikhsan Sports.

Pemilik nama penuh Muhammad Shahidan Abdullah yang berusia 18 tahun itu antara barisan pelakon filem berbajet RM5.5 juta bergandingan dengan Beto Khusyairy, Azhan Rani dan Adam Corie.

Terdahulu, nama bintang muda ini hangat selepas gambar yang dimuatnaik dilaman sosial bersama Mia, 16, mengundang gosip cinta antara mereka.

Katanya lagi, buat masa ini dia enggan mengalih perhatian kepada urusan hati memandangkan dirinya perlu fokus terhadap beberapa komitmen kerja yang sudah menanti.



“Fokus untuk sesebuah perhubungan buat masa sekarang mungkin tidak. Saya rasa ada banyak perkara lain yang saya kena bagi perhatian.

“Sekarang kami sedang dalam promosi Anak Rimau The Movie yang bakal ditayangkan pada 1 September depan. Ada juga beberapa projek lain menunggu.

“Jadi mana sempat nak fikir pasal cinta. Tapi apabila keluar gosip antara saya dan Mia, kena kecam pula. Banyak juga komen pasal budak belasan tahun bercinta.

“Tergelak baca komen sebab orang tak tau situasi sebenar. Lagi pun belum pernah kami keluar berdua. Masa makan beramai-ramai itu pun sebab waktu itu kami bekerja dalam produksi sama,” ulasnya lagi.



Ditanya mengenai persahabatannya dengan pelakon remaja terbabit, Idan menjelaskan hubungan mereka masih sama seperti dahulu.

“Dia lebih berpengalaman dalam industri seni kerana sudah berlakon sejak kecil. Sudah tentu dia lebih memahami keadaan ini selain bertenang saja,” ulas Idan.

Sementara itu, Anak Rimau adalah filem pertama remaja tersebut sebagai teraju utama yang anggap sebagai amanah besar, namun dapat dijayakan dengan sokongan pelakon senior.

“Barisan pelakon dalam filem ini juga sangat padu. Saya anggap Beto dan Azhan sebagai senior yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Banyak tip dan nasihat yang mereka kongsikan,” katanya.



Memegang watak Arif, Idan turut menerima didikan ilmu lakonan daripada pelakon dan guru lakonan, Fatimah Abu Bakar.

Idan berkecimbung dalam arena seni sejak berusia 10 tahun bermula dengan iklan, lakonan serta bidang pengacaraan.

Namanya pernah dicalonkan dalam Anugerah Asian Academy Creative 2018 untuk kategori Pelakon Terbaik bagi watak utama Saiful dalam telefilem Luar Biasa. K Online

Gosip dengan Mia Sara bukan gimik – Idan Aedan




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker