Tiada penentangan RUU Anti Lompat Parti oleh Ahli Parlimen kerajaan

KUALA LUMPUR – Kesemua Ahli Parlimen kerajaan dijangka akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkenaan larangan wakil rakyat lompat parti yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Rabu ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, setakat ini tiada penentangan daripada mana-mana pihak semasa sesi libat urus dilakukan.

“Dalam sesi libat urus sebentar tadi, memang tiada (penentangan dan penolakan terhadap RUU Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022) kerana semua orang menunggu RUU ini.

“Jadi saya akan berbincang dengan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berhubung perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Jelasnya, RUU berkenaan tidak akan mengikat Ahli Parlimen dengan pendirian parti dalam menyokong usul tertentu.

“Jika Ahli Parlimen tidak menyokong pendirian parti atau gabungan parti dalam usul tertentu, ia tak menjadi satu kesalahan. Ini tidak sama seperti di India, di mana keputusan bertentangan dengan kemahuan parti boleh menyebabkan Ahli Parlimen terkeluar parti.

“Kita tidak tetapkan kuasa pada Whip parti untuk tentukan jenis usul yang perlu disokong. RUU kita lebih liberal daripada sudut itu,” ujarnya.

Tambahnya, RUU yang akan dibentangkan itu juga hanya tertakluk pada anggota Dewan Rakyat, dan tidak merangkumi senator lantikan parti di Dewan Negara.

Menurutnya, RUU berkenaan itu turut menggubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Sultan atau Yang di-Pertua Negeri bersetuju dengan pelaksanaannya.

“Untuk peringkat DUN, kita pinda Jadual Kelapan tetapi, penguatkuasaannya di peringkat negeri hanya akan dibuat selepas perbincangan antara Yang di-Pertuan Agong dengan Sultan dan Yang di-Pertua Negeri.

“Dalam RUU ini, ada kerangka undang-undang yang boleh diterima pakai di peringkat negeri jika mereka setuju untuk laksanakannya, jika setuju hanya perlu gazet dan dibawa ke DUN untuk diluluskan,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi

Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker