Calon meninggal dunia, pilihan raya di Padang Serai ditangguh

#PRU15

Calon meninggal dunia, pilihan raya di Padang Serai ditangguh

Pengundian di Parlimen Padang Serai ditangguhkan selepas pegawai pengurus (RO) memulangkan writ kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seperti diwajibkan sekiranya pengundian di mana-mana kerusi tidak dapat diteruskan selepas penamaan calon.

Menurut sumber, writ pilihan raya dipulangkan hari ini, yang bermakna pengundian bagi kerusi itu perlu ditangguhkan ke tarikh lain yang akan ditetapkan SPR.



SPR akan bermesyuarat esok untuk mengumumkan tarikh baharu bagi penamaan calon dan hari mengundi, susulan kematian calon Pakatan Harapan (PH), M Karupaiya semalam.

Mengikut Peraturan 11(6) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, SPR boleh mengumumkan pilihan raya kecil (PRK) pada tarikh lain, sekiranya calon meninggal dunia.

Ini hanya boleh dilakukan selepas RO mengendors alasan pilihan raya tidak dapat diadakan, seterusnya memulangkan writ itu kepada SPR.

Sementara itu, semakan pengundi Padang Serai di portal MySemak SPR menunjukkan pilihan raya ditangguhkan susulan kematian calon.



FMT menghubungi beberapa pengundi yang mengesahkan menerima makluman menyatakan: “Pilihan raya umum ke-15 bagi P.017 Padang Serai ditangguhkan kerana kematian calon.”

Dua pengundi yang sudah membuang undi pada Selasa lalu turut menerima makluman sama, ketika membuat pemeriksaan di MySemak.

Terdahulu, Azalina Othman Said yang juga bekas menteri undang-undang berkata, pengundian tetap boleh diteruskan di Padang Serai kerana undian awal sudah diadakan pada 7 dan 15 Nov lalu bagi anggota polis, tentera serta pasangan mereka.

Kebanyakan petugas SPR serta kakitangan kerajaan yang bakal bertugas di pusat mengundi pada Sabtu ini juga telah menyertai proses pengundian awal.



Mengulas kenyataan Azalina, Setiausaha Agung PH, Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan pandangan berkenaan “tidak munasabah dan salah dari segi prinsip undang-undang”.

Beliau menganggap kenyataan Azalina tidak wajar kerana menafikan hak pengundi Padang Serai untuk memilih calon pilihan mereka, serta pilihan PH untuk meletakkan calon.

Ketika dihubungi FMT, calon BN di Padang Serai, C Sivarraajh berkata, belum ada makluman rasmi dan beliau menunggu kenyataan rasmi daripada SPR. FMT

Calon meninggal dunia, pilihan raya di Padang Serai ditangguh




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker