Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

#PRU15

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Bahang semakin terasa, tinggal beberapa hari sahaja lagi negara akan menyaksikan rakyat turun untuk membuang undi bagi memilih pemimpin negara yang terbaru iaitu pada 19 November ini.

Semua parti politik kini semakin rancak menyebarkan agenda dan juga manifesto bagi meraih undi termasuklah Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM), Zuraida Kamaruddin yang telah mencuri tumpuan netizen di media sosial gara-gara cara berkempennya yang unik.

Pengajaran yang dapat kita ambil ialah jangan mengkhianati dan menghina. pic.twitter.com/j00aW8P6hR — Adam Yusuf (@khirariffin) November 15, 2022

Menerusi beberapa video yang menjadi tular di Twitter terutamanya, Zuraida dilihat sibuk berkempen di tengah jalan raya bagi memikat undi dari penduduk sekitar Ampang, Selangor.

Dalam video itu, Zuraida kelihatan memegang kad yang meminta orang awam yang melalui jalan utama di Ampang Jaya untuk membunyikan hon.

Difahamkan, ia adalah flashmob bagi tujuan meningkatkan kesedaran orang ramai untuk keluar mengundi pada hari Sabtu ini.

Namun begitu, lain pula reaksi netizen di media sosial yang rata-ratanya berasa kasihan dengan keadaan Zuraida yang dianggap terdesak meraih undi akibat tindakannya bersekongkol dengan beberapa pemimpin politik sebelum ini.

Cara berkempen pun dah mencerminkan tahap mana saja IQ dan kecerdasan fikiran. Pilihlah calon yang berwibawa untuk mewakili anda di kawasan parlimen anda.

Aku ingatkan makcik jual jeruk pelam tadi. Inilah akibatnya, jatuh sampai ke tahap seperti ini. Betul-betul macam dalam movie.
Terdahulu, Zuraida yang dipecat daripada PKR telah menyertai Parti Bersatu berikutan langkah Sheraton pada tahun 2020.

Dia kemudiannya mengumumkan keluar parti itu pada bulan Mei lalu sebelum menyertai PBM. Bn

Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya mohon maaf, saya hanya mahu ‘prank’ anak saudara

Takiyuddin bidas kembali kenyataan Muhyiddin, pendirian PAS terbuka

Teman lelaki Syazlin Zainal ziarah pusara kekasih

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker