2 warga Rusia, 1 warga Ukraine didapati bersalah tembak jatuh MH17

2 warga Rusia, 1 warga Ukraine didapati bersalah tembak jatuh MH17

Mahkamah Daerah The Hague hari ini memutuskan bahawa dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine bersalah atas pertuduhan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada 2014, menyebabkan kesemua 298 penumpang dan krunya terbunuh.

Menurut laporan Bernama, mereka ialah Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Leonid Kharchenko.



Bagaimanapun, mahkamah itu membebaskan seorang lagi warga Rusia iaitu Oleg Pulatov daripada pertuduhan sama.

Prosiding jenayah terhadap keempat-empat lelaki bermula pada 9 Mac 2020.

Bagaimanapun, kesemua defendan tidak pernah hadir pada prosiding itu sehingga menyebabkan mahkamah memutuskan bahawa mereka dibicarakan secara ‘in absentia’ di bawah undang-undang Belanda.

Menurut laporan Reuters, mahkamah Belanda itu turut mengesahkan hasil dapatan bahawa pesawat penumpang MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu buatan Russia dari sebuah padang di timur Ukraine.



“Mahkamah berpandangan MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari sebuah padang ladang berhampiran Pervomaisk, mengorbankan kesemua 283 penumpang dan 15 kru,” kata Hakim Hendrik Steenhuis yang mengetuai penghakiman itu.

Mahkamah berkata, Russia mempunyai kawalan menyeluruh ke atas pasukan tentera kumpulan pemisah di timur Ukraine ketika kejadian.

“Dari pertengahan Mei 2014, Russia mempunyai apa yang dikatakan kawalan menyeluruh ke atas Republik Rakyat Donetsk,” kata Steenhuis merujuk kepada wilayah tempat pesawat itu ditembak jatuh.

Pada 17 Julai 2014, pesawat itu yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine sehingga meragut nyawa kesemua 298 penumpang dan anak kapal dari 10 negara berbeza, dengan lebih separuh daripadanya adalah warga Belanda.



Ketika kejadian, kawasan terbabit adalah lokasi pertempuran antara kumpulan pemisah yang disokong Russia dengan tentera Ukraine.

Namun, semua tertuduh itu yang berdepan hukuman penjara seumur hidup sekiranya sabit kesalahan atas pembunuhan beramai-ramai, masih diburu hingga kini.

Keempat-empat tertuduh berkenaan dipercayai berada di Russia yang dilaporkan enggan mengekstradisi mereka. FMT

2 warga Rusia, 1 warga Ukraine didapati bersalah tembak jatuh MH17




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sebak bersendirian di pelamin



Zuraida Macam Acik Jual Jeruk, Netizen Riuh (Video)

Tiket Konsert BLACKPINK Di Malaysia ‘Sold Out’ Dalam Masa 30 Minit



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker