Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya

Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya

Masih lagi kecoh ketika ini berhubung dakwaan anak kepada selebriti terkenal, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania yang dikatakan menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga sepasang suami isteri.

Tinjauan di Instagram (IG) milik Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan mendapati kontroversi yang melanda keluarganya ketika ini telah menarik perhatian warganet sehingga hantarannya dihujani dengan pelbagai komen.



Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata warganet mengecam tindakan anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu dengan melabel gadis tersebut sebagai penyondol.

Kesian Abby, dulu dia kena sondol sekarang anaknya pula menyondol.

Marissa oh Marissa… harap awak tak kena saman dengan isteri Aslam.

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir pengikutnya yang dilihat kurang senang melihat kecaman yang dilemparkan terhadap bekas anggota kumpulan Elite ini.



Mak dia tak bersalah, yang komen ini memang suka bagi jiwa dan hati orang terseksa ke?

Yang salah anak dia, bukan dia. Janganlah ‘attack’ mak dia, kesian. Entah-entah apa yang jadi dulu masih ada kesan dekat mak dia. Sekarang bila anak dia buat macam ini tapi semua hentam mak dia. Boleh jadi kesan yang teruk.

Terdahulu, seorang individu bernama Misya menerusi hantaran di platform X (Twitter) mendakwa Marissa menjadi orang ketiga di dalam rumah tangganya bersama bekas suami yang dikenali sebagai Aslam.

Wanita itu juga mendakwa dia mempunyai bukti salinan resit bekas suaminya bersama Marissa ‘check-in’ di sebuah hotel.



Untuk info, Marissa Dania merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik hasil perkahwinan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2002 dan disahkan bercerai pada 2009. Selain Marissa, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Sumber: Instagram Abby Abadi

Abby Abadi diserang di Instagram, apa salah ibunya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Takkan Mimi bercium dengan Merqeen – Anna Jobling

Puteri Sarah dedah tentang hubungan dengan Andi Arsyil



Sama-sama masuk penjara, komen Noh Salleh raih perhatian

Syamsul komen isu Puteri Sarah nak saman bekas kakak ipar Ira Kazar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker