Anwar jumpa Elon Musk esok

Anwar jumpa Elon Musk esok

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk esok.

“Ya hari jumaat, jumpa (Elon Musk) esok,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai pertemuan berkenaan.



Beliau ditemui pada Program Cakna MADANI Perdana Menteri Bersama Agensi Penguatkuasaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini

Pada 1 Mac lalu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kementeriannya meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport kenderaan bateri elektrik (BEV) ke Malaysia.

Beliau berkata, Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia, memperkenalkan pusat servisnya dan mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

Pada masa ini, pusat servis rasmi Tesla yang terdekat terletak di Singapura dan pemilik daripada program pajakan Greentech sudah menghantar kenderaan mereka ke Hong Kong untuk kerja-kerja utama.



Sementara itu, Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Dr Yeah Kim Leng, berkata pertemuan Anwar dan Elon Musk akan mendorong reaksi berantai dalam perjalanan negara ke arah menjadi hab kenderaan elektrik (EV) di rantau ini.

Katanya, perbincangan yang membuahkan hasil antara gergasi EV global dan pemimpin Malaysia, juga akan membawa kepada komitmen selanjutnya yang boleh memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia secara amnya.

Tanpa mengira jenis dan nilai pelaburan yang Tesla berhasrat bawa ke Malaysia, Kim Leng berkata sebarang komitmen yang bakal muncul hasil daripada mesyuarat itu akan menyediakan industri EV Malaysia dengan rangsangan besar.

“Pelaburan ikonik biasanya mempunyai kesan limpahan yang lebih besar melalui peningkatan, pengukuhan keyakinan pelabur tempatan dan asing serta lebih banyak penyertaan dalam pelaburan. BH



Anwar jumpa Elon Musk esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker