Bergaduh keluar kata-kata kesat perkauman, lelaki ditahan bantu siasatan kes tular

Tangkap layar video lelaki berkenaan yang tular di Twitter.

IPOH – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan video tular di media sosial berhubung pertelingkahan hingga mengeluarkan kata-kata kesat berbaur perkauman.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 42 tahun itu ditangkap semalam pada pukul 10.30 malam di Ampang Baru.

Katanya, tangkapan dibuat susulan laporan polis yang diterima pada 14 Mei mengenai kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Falim di sini.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis ganja.



“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan aib. Pihak polis sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertuduhan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, dengan tertangkapnya suspek tersebut, maka kes telah pun diselesaikan dan orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai video berkenaan sehingga menjejaskan siasatan.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 18 saat yang dikongsi melalui Twitter itu, seorang lelaki dilihat mengeluarkan kata-kata kesat dan memainkan sentimen perkauman terhadap seorang wanita di dalam sebuah restoran.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker