Penjawat awam tidak berpencen boleh berhenti mengejut

Penjawat awam tidak berpencen boleh berhenti mengejut

Cadangan mewujudkan kakitangan awam yang tidak berpencen boleh mengakibatkan petugas profesional berhenti mengejut untuk menyertai sektor swasta yang menawarkan gaji lebih tinggi.

Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bimbang kakitangan tidak berpencen yang berhenti mengejut akan menjejaskan perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan bidang lain.



Presiden KGMMB, Juhari Mohamad Nor, berkata Jabatan Perkhidmatan Awam perlu meneliti kaedah yang sesuai untuk mengikat secara kontrak bagi tempoh tertentu kepada penjawat awam yang tidak berpencen.

Katanya, ini dapat mengelakkan mereka menamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba.

Bagi sektor pendidikan, beliau berkata, bilangan guru masih tidak mencukupi dan terdapat yang memohon bersara awal, hingga membebankan guru yang masih dalam perkhidmatan.

“Kalau penjawat awam tidak berpencen ini beralih kepada sektor swasta, ini akan meninggalkan kelompongan dan memberi kesan kepada perkhidmatan,” katanya.



Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini mengumumkan pelaksanaan cadangan kakitangan awam tidak berpencen akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Penjawat awam tidak berpencen akan mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai persediaan selepas persaraan. BH

Penjawat awam tidak berpencen boleh berhenti mengejut

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya

Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin



Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah

Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker