Tol percuma sempena Deepavali

Tol percuma sempena Deepavali

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta mengumumkan pengguna lebuh raya di seluruh negara akan menikmati tol percuma sempena sambutan Deepavali pada Ahad ini.

Katanya, semua kelas kenderaan akan menikmati tol percuma bermula 12.01 tengah malam 11 Nov (Sabtu) hingga 11.59 malam 12 Nov ini (Ahad).



Beliau berkata, pengecualian itu tidak termasuk Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Tanjung Kupang (Lebuhraya Linkedua) di Johor.

“Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

“Ini juga selari dengan hasrat kerajaan perpaduan dalam membantu meringankan beban rakyat merentasi kepelbagaian agama, kaum dan kepercayaan,” katanya menurut Astro Awani.

Dianggarkan 11.8 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya di seluruh negara dalam tempoh dua hari itu. FMT



Tol percuma sempena Deepavali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gambar lucah ciptaan AI, artis tempatan menjadi mangsa



Rakyat Malaysia jual sate RM7 secucuk tepi jalan laku keras

Bersatu sudah jadi Berpecah



Pekerja Nasi Kandar Terkenal Hanya Berseluar Dalam Di Dapur (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker