Anwar mengatasi ejen 007?

Anwar mengatasi ejen 007?

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berminat untuk “mengorek kisah lampau” yang berlaku dalam pentadbiran awam sebelum ini.

Dalam perjumpaan pertama bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi ini, Anwar berkata apa yang lebih utama ketika ini adalah mengembalikan imej perkhidmatan awam yang kian merosot, ke tahap lebih tinggi.



“Keadaan mesti berubah, berubahnya itu dari pimpinan dan pimpinan termasuk perkhidmatan awam dan pimpinan di kementerian, jabatan yang harus menerima kenyataan supaya saya tidak tidak terlalu runsing hadapi masalah dalam kalangan penjawat awam.

“Saya harap saudara bekerja dan hormati disiplin, jika saudara lihat ada kelonggaran, kecuaian sebelumnya itu sejarah lampau, bukan maksud saya untuk mengorek kisah lama, tidak saya tidak berminat, hidup saya tahu apa erti derita dan sengsara, tetapi yang penting adalah ke depan,” katanya.

Mengenai dakwaan beliau sebagai ejen Israel, Anwar menegaskan beliau enggan mengendahkan tuduhan melampau itu sebaliknya mahu menumpukan kerja dan membangunkan semula ekonomi.

“Dalam beberapa hari ini saya tak peduli (ada pihak) fitnah (saya) ejen Israel la, saya tak peduli. Saya nak tumpu soal kerja. Kalau soal ejen ni, saudara tahu, saya ejen banyak negara, ejen Amerika, Israel, India, Turki jadi saya mengatasi 007 dalam banyak hal,” katanya berseloroh.



Semalam, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil berkata Anwar sudah mengarahkan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebarkan fitnah mengaitkan beliau bertindak sebagai ejen Israel. FMT

Anwar mengatasi ejen 007?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Nabila Razali nikah senyap-senyap?

Dituduh jadi ejen Israel, Anwar arah polis ambil tindakan – Fahmi



Orang baik dan orang jahat tak boleh duduk bersama – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker