KWSP tak selesai masalah pencen, kerajaan masih perlu menanggung puluhan billion pencen sedia ada

PETALING JAYA: Kerajaan disaran membentuk skim baharu menggabungkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dengan dana berprestasi rendah seperti Khazanah, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi menangani isu pencen penjawat awam.

Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Geoffrey Williams, berkata ini kerana peralihan skim saraan kepada caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menyelesaikan masalah pencen penjawat awam.

Katanya, liabiliti tertunggak masih kekal kerana peralihan itu hanya akan memberi kesan kepada kakitangan baharu dalam perkhidmatan awam, yang mana kerajaan masih lagi menanggung pembayaran skim sedia ada.



“Pembayaran ke dalam skim sedia ada bagi kakitangan awam sekarang akan terus berlanjutan, kerana 17.5% yang dibayar oleh majikan atau RM16.7 bilion masih perlu ditanggung kerajaan.

“Bawah KWSP, sumbangan akan lebih tinggi bagi kakitangan awam dari 17.5% kepada 24% dan mereka perlu membayar 11% daripada ini sendiri manakala kerajaan membayar 13% .

“Peralihan itu akan menyumbang sangat sedikit kepada KWSP selain mengurangkan dividen ahli KWSP sedia ada,” katanya.

Ironinya, Geoffrey berkata kakitangan awam mungkin menuntut kenaikan gaji untuk menampung kos lebih tinggi, sekali gus menyebabkan perbelanjaan negara tidak dapat dikurangkan.



Katanya, dengan mencipta dana untuk membiayai liabiliti pencen semasa sebanyak RM30.5 bilion, ia mampu mengurangkan sumbangan pencen RM16.7 bilion dengan penjimatan keseluruhan sebanyak RM47.2 bilion.

“Penjimatan sehingga RM47.2 bilion daripada perbelanjaan operasi kerajaan boleh digunakan untuk keutamaan lain seperti penjagaan kesihatan dan perlindungan sosial,” katanya.

Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi memaklumkan Jemaah Menteri setuju perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Bagaimanapun, beliau berkata bagi penjawat awam tetap sedia ada, status pencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu kelak akan membuat caruman menerusi KWSP.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fizz Fairuz dikecam teruk, Almy Nadia ucap selamat berjaya



Saya anak yang tidak diinginkan – Zainal Abidin

Suara wanita mengaji selepas hantar jenazah



Adegan panas di dalam bilik mandi, Shukri Yahaya mohon maaf



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker