Anwar dedahkan syarikat Australia mahu labur RM24.5 bilion di Malaysia

MELBOURNE: Syarikat terkemuka Australia berminat melabur dan mengembangkan pelaburan sedia ada berjumlah RM24.5 bilion di Malaysia, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata hasrat tersebut telah dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan lebih 20 syarikat Australia di Melbourne.

Perdana menteri sedang mengadakan lawatan rasmi selama empat hari ke Australia yang memasuki hari kedua, hari ini.



Beliau berkata, antara syarikat Australia yang akan membawa potensi pelaburan tersebut ialah syarikat pengendali pusat data iaitu AirTrunk sebanyak RM11 bilion dan NextDC kira-kira RM3 bilion.

“Lynas pula berminat menambah pelaburan kira-kira RM1 bilion, manakala syarikat lain yang juga akan membawa potensi pelaburan tersebut adalah Fortescue, Macquarie Group, dan Arnott’s Group.

“Ini satu kemajuan yang membanggakan serta menunjukkan minat Australia dan keyakinan mereka terhadap dasar yang telah kita umumkan selama ini,” katanya pada sidang media bersama media Malaysia.

Beliau berkata, pelaburan tersebut akan memberi peluang kepada kira-kira 1,200 tenaga mahir di Malaysia.



Anwar berkata, jumlah potensi pelaburan yang akan memasuki Malaysia juga melebihi jangkaan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Dari segi perdagangan, beliau berkata potensi jualan eksport Malaysia ke Australia bernilai lebih RM900 juta melibatkan produk seperti urea, kayu, makanan, dan komponen elektrik yang dijangka diraih sempena lawatan tersebut.

Beliau berkata, usaha kerajaan memberi penjelasan untuk menjawab sebarang kegusaran dan kemusykilan memberi keyakinan kepada pelabur dan ahli perniagaan Australia terhadap prospek Malaysia.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai



Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira



Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker