Sedap meliwat, bekas pemandu bas dipenjara 8 tahun

Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara ke atas seorang bekas pemandu bas sekolah yang disabitkan dengan tiga pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun dalam kenderaannya tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Azman Abdullah dan Datuk S.M.Komathy Suppiah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan dan melepaskan Kassim Tahir daripada kesalahan itu.

Dalam keputusan sebulat suara itu, Hadhariah berkata sabitan ke atas kes itu dikekalkan.



Hadhariah berkata mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas setiap pertuduhan dan menggantikannya dengan penjara lapan tahun untuk setiap pertuduhan berjalan secara serentak.

Beliau juga berkata hukuman sebat yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen ke atas Kassim bagi setiap pertuduhan diketepikan.

Hadhariah juga memerintahkan Kassim untuk memulakan hukumannya mulai hari ini dan berkata hukuman lapan tahun penjara itu akan mengambil kira tempoh lelaki itu ditahan sebelum ini.

Terdahulu, Hadhariah berkata Mahkamah Tinggi terkilaf dalam menjatuhkan hukuman bahawa siasatan permulaan sepatutnya dilaksanakan sebelum Mahkamah Sesyen menerima bukti daripada mangsa.



Pada 16 Julai 2019, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Kassim dengan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Kassim diperintahkan menjalani hukuman secara serentak.

Pada 8 September 2020, Mahkamah Tinggi mengubah keputusan Mahkamah Sesyen dengan membebaskan dan melepaskan lelaki itu.

Menurut kertas pertuduhan, Kassim melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bas di Ulu Tiram, Johor pada jam 8 malam antara April 2016 dan Mei 2016.



Timbalan Pendakwa Raya Aida Khairuleen Azli berhujah bahawa perlu bagi Hakim Mahkamah Sesyen untuk melaksanakan siasatan permulaan di bawah Seksyen 133A Akta Keterangan kerana mangsa bukannya kanak-kanak yang masih mentah kerana ketika memberi keterangan terperinci mengenai apa yang diperlakukan Kassim terhadapnya mangsa sudah berusia 14 tahun.

Semasa mitigasi, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Che Muji Che Noh yang mewakili Kassim berkata anak guamnya menghidap penyakit buah pinggang dan merayu mahkamah untuk meringankan hukuman penjara yang akan dijatuhkan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker