Tak perlu tunggu lama jumpa doktor

Tak perlu tunggu lama jumpa doktor

Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan Jun lalu, banyak membantu mengurangkan beban penerima manfaat yang tidak perlu membayar bil klinik swasta.

Ia juga diakui menjimatkan masa kerana pesakit tidak perlu beratur lama di Klinik Kesihatan untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.



Kakitangan awam, Mohd Fairus Jamaludin, 38, dari Cheras, menggunakan skim itu ketika membawa anaknya yang berusia tujuh tahun ke klinik akibat yang sakit mata, baru-baru ini.

Beliau mengakui tidak tahu mengenai skim itu dan disahkan layak selepas penerangan serta semakan pihak klinik.

“Skim Perubatan MADANI ini amat membantu kerana saya tidak perlu membayar bil klinik seperti sebelum ini terutama jika ada kes kecemasan.

“Prosesnya mudah kerana setiap klinik membantu membuat semakan, selain banyak klinik sudah menyediakan manfaat ini,” katanya kepada BH.



Kakitangan awam, Tuan Khairul Nizam Tuan Mohammad, 41, berkata Skim Perubatan MADANI membolehkan beliau menjimatkan masa berbanding pengalaman menunggu di Klinik Kesihatan.

Katanya, jumlah diperuntukkan itu mencukupi bagi keluarganya yang tidak begitu besar.

“Paling penting, tak perlu lagi tunggu lama nak jumpa doktor, ubat pun dapat dengan cepat,” katanya.

Skim Perubatan MADANI dijangka memberi manfaat kepada 700,000 isi rumah dengan peruntukan RM100 juta.



Penerima manfaat termasuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), boleh mendapatkan beberapa kali rawatan percuma sehingga peruntukan bagi setiap isi rumah habis.

Skim yang diperluaskan ke seluruh negara sejak Jumaat minggu lalu itu, memperuntukkan RM250 bagi setiap isi rumah berkeluarga, warga emas tanpa pasangan (RM125) dan bujang (RM75).

Rawatan pesakit luar kes akut percuma yang ditawarkan menerusi skim ini merangkumi demam selsema, cirit birit, muntah, terseliuh, sakit kepala, trauma ringan dan pelbagai lagi.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata, Skim Perubatan Madani yang diperkenal bagi mengatasi kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan, diperluas ke seluruh negara mulai Jumaat lalu.



Beliau berkata, ia susulan sambutan sangat menggalakkan sejak diperkenalkan dengan lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut menerusi klinik swasta.

Katanya, bilangan rawatan direkodkan hampir mencecah 4,000 kes sehari, selain seramai 80,000 isi rumah sudah memanfaatkan skim itu. BH

Tak perlu tunggu lama jumpa doktor

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Baby Shima dah jadi Mondy Tatto (Video)

La Luna ada unsur soft porn?



Bapa Mondy minta maaf

Peluk ok, cium bibir tak boleh – Fedi Nuril

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker