Tumbangkan Anwar di Tambun, BN tolak cadangan berpakat dengan pengkhianat

Pada 27 Oktober lalu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Mohd Zuhdi Marzuki mencadangkan supaya UMNO, berpakat dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membentuk pakatan pilihan raya di kerusi Parlimen Tambun jika mahu melihat karier politik Anwar Ibrahim tersungkur di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, memetik laporan sebuah portal, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada pakatan untuk memberi laluan kepada mana-mana parti lawan pada PRU15.

Tiada keperluan untuk BN Parlimen Tambun berkerjasama dengan parti lain untuk menumbangkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi Parlimen tersebut pada PRU15.



Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, kepimpinan telah membuat keputusan untuk BN kekal bertanding di kerusi itu menentang calon-calon parti lain.

Menurutnya, BN yakin dengan pengundi setia mereka selain meyakinkan lebih ramai pengundi atas pagar untuk memilih parti itu demi kestabilan negara.

“Kami kepimpinan di peringkat bahagian dan Parlimen terima apa saja keputusan di peringkat pusat kerana ia melibatkan polisi, jadi apa sahaja yang diputuskan di peringkat pusat kami akur.

“Kita tak boleh ambil langkah untuk memikirkan usaha di kerusi Parlimen Tambun sahaja kerana ia berkaitan dengan urusan di peringkat pusat dan kawasan-kawasan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Mesra Masyarakat Orang Asli di Kampung Chadak, Hulu Kinta di sini pada Ahad.



Hadir sama pada program tersebut, Timbalan Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Azizul Kama Abdul Aziz dan Naib Pengerusi BN Parlimen Tambun, Datuk Mazlan Abdul Rahman.

Sementara itu, Aminuddin berkata, BN mempunyai pengundi tegar tersendiri yang akan diberikan keutamaan dan perhatian.

Menurutnya, daripada pengundi asas atau tegar itu, mereka akan memperluaskan kepada pengundi-pengundi lain seperti atas pagar dan sebagainya.

“Undi asas yang terbaik pada kita adalah ketika PRU13 di mana pada ketika itu nampak jelas, mana yang tak nak kepada BN telah menunjukkan perubahan sikap, dia tidak mengundi BN. Bagi yang kekal itu, kita harap akan terus kekal sebagai undi asas kepada BN.



“Kita akan cuba sedaya upaya untuk menarik swing vote ke arah BN kerana BN tetap menawarkan ciri-ciri asasnya iaitu memberi kestabilan kepada negara ini berbanding dengan parti-parti lain,” katanya.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker