20 pondan ditahan di pesta Halloween

KUALA LUMPUR – Seramai 20 lelaki berperwatakan wanita yang sedang berhibur sempena pesta Halloween ditahan dalam satu serbuan ke atas sebuah kelab malam di Jalan Sultan, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Bersepadu bermula jam 10 malam bersama JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Seramai 62 warga tempatan iaitu 53 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 19 hingga 57 tahun telah diperiksa.



“Seramai 20 lelaki tempatan berusia lingkungan 22 ke 34 tahun telah dibawa balik Bahagian Penguat Kuasa JAWI kerana di samping berpakaian wanita mereka juga berlagak seperti wanita,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Noor Dellhan berkata, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 28 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Katanya, pihak polis sedang menjalankan siasatan sama ada pesta berkenaan ada melibatkan kegiatan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT).

Op Bersepadu itu dijalankan bersama JAWI dan DBKL di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menahan dua lelaki tempatan berusia 27 dan 29 tahun ditahan kerana didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).



“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Pihak polis akan meningkatkan operasi dan pemeriksaan di pusat hiburan serta membuat pemantauan ke atas aktiviti kelab yang jelas melanggar undang-undang,” ujar beliau.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


The Sara Sisters Dikritik Seksi Melampau



Ameera Khan Memang Fake?

Rishi Sunak ‘pemuja’ Israel



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker