Vicha menangis suami dituduh ‘scammer’

VICHA dan suaminya Johnson.

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon asal Indonesia, Vicha hanya mampu menangis berdepan tuduhan netizen yang mendakwa suaminya sebagai ‘scammer’ gara-gara salah faham terhadap kenyataan dikeluarkan sebuah portal.

Katanya, susulan kononnya dia mengatakan lelaki Melayu penipu turut membuatkan ramai mengirimkan mesej langsung (DM) dengan rata-rata mendesaknya pulang ke kampung atau mengikut suami kembali ke Nigeria.

“Saya menangis sebaik dapat tahu pasal tuduhan mengatakan suami saya seorang ‘scammer’. Apa salah dia? Tak cukup dengan itu laman sosial saya pun dihujani amaran termasuk saya dikatakan tak kenang budi hingga ada yang menghalau kami.

“Saya tak pernah cakap pun lelaki Melayu penipu kerana ketika ditanya mengenai cinta saya akui pernah berkawan dengan lima lelaki Melayu tetapi akhirnya berjodohan dengan lelaki Nigeria. Kita tak pilih jodoh, semua ini ketentuan Allah.



“Macam bercerita dengan kawan, saya jujur maklumkan daripada lima perhubungan tersebut saya dicurangi, ada yang kantoi depan mata dan seorang itu pula sangka saya berduit tetapi sebenarnya saya pun susah.

“Jadi saya terkejut sebab beberapa hari selepas itu ada kawan bagitau mengenai paparan tajuk sebuah portal saya cakap lelaki Melayu penipu. Berita macam tu buat orang salah faham dan tuduh saya sedangkan ia bukan seperti disangka,”

Terdahulu, pemilik nama sebenar Refika Novianti Faturohman itu mendedahkan sudah tiga tahun mendirikan rumahtangga dengan lelaki Nigeria dikenali sebagai Johnson dan dikurniakan seorang anak lelaki, Michael.

Selain Michael, Vicha juga mempunyai tiga anak perempuan yang tinggal di Indonesia hasil perkahwinan terdahulunya iaitu Aurael Angelina Khezya, Listya Arum Tresnasih dan Michelle Averina Chalista.



Luah Vicha lagi yang menempa nama di Malaysia menerusi Raja Lawak 2011, hakikatnya mereka menjadi mangsa skeptikal berikutan status suami sebagai warga asing dari Nigeria.

Katanya, apa yang dibimbangi selama ini menjadi kenyataan, namun paling dirisaukan adalah perasaan anak-anaknya di kampung serta keluarga mentua andai mengetahui tohmahan dilemparkan kepada Johnson.

“Sebagai insan yang punya perasaan dan maruah, fitnah dilemparkan terhadap suami saya saya sedih dan tertanya-tanya apa kesalahannya kepada mereka yang membuat tuduhan melulu itu.

“Paling saya takuti pelbagai berita kurang enak seperti ini turut mengaibkan keluarga saya di Indonesia mahu pun di sebelah pihak suami memandangkan kisah di laman maya mudah tersebar.



“Bagaimana pula dengan perasaan anak kami apabila dia besar nanti kalau dia terbaca dakwaan ini? Anak -anak saya di kampung juga pasti akan terkesan emosi Jika dapat tahu.

“Kenapa perlu skeptikal hanya disebabkan saya berkahwin dengan lelaki Nigeria? Tak baik kata suami saya ‘scammer’ walhal ahli keluarganya ramai polis, fikirlah perasaan kami,” tambah selebriti berusia 33 tahun itu.

Begitupun, jauh di sudut hati dia enggan memanjangkan perkara tersebut tetapi berharap pihak yang sesuka hati menuduh tanpa periksa agar muhasabah diri dan tidak menjadikan orang lain sebagai mangsa fitnah.

“Hakikatnya ramai rakan seperjuangan dan peminat bagi kata-kata semangat supaya saya terus bangkit dan jangan hiraukan perkara atau aura negatif sebegitu.



“Terima kasih Malaysia yang berikan ruang buat saya cari rezeki di sini. Ini juga tempat saya berkarya selain dipertemukan dengan ramai insan positif yang membuatkan saya lebih bersemangat,” kongsinya.

Sementara itu, tambah Vicha, dia bersama Johnson mencari rezeki halal dengan mengusahakan perniagaan termasuk menjual Bakso Beranak KL yang turut diedarkan menerusi jualan online

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cara Mudah Trace Semula Password

3 jahanam PAS: Surat terbuka buat Tuan Ibrahim

Segalanya Tentang Perempuan Itu, Zul Ariffin Dan Siti Hariessa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker