Langgar SOP: Tajuddin hadap IPD Dang Wangi

Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Rakaman percakapan itu bagi membantu siasatan polis berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Tajuddin dengan tidak memakai pelitup muka dalam sidang media berkaitan kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) Selasa lalu.

Terdahulu Tajuddin kelihatan menaiki kereta jenis Mercedes berwarna perak memasuki pekarangan IPD Dang Wangi kira-kira jam 4.45 petang tadi.

Azalina cadang ‘kerajaan darurat sementara’ libatkan semua parti



Tajuddin yang berpakaian kemeja lengan panjang berwarna coklat serta memakai topi memasuki lobi IPD Dang Wangi dengan diiringi pembantu peribadinya.

Terdahulu, Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali turut hadir memberi keterangan hampir sejam dan beredar dari pejabat polis itu kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali turut hadir memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.



Pada Rabu lalu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, mengesahkan Tajuddin serta beberapa individu lain daripada pihak Prasarana untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Akta 342 dan rakaman percakapan dilakukan bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya, sama ada dikenakan kompaun atau dituduh di Mahkamah. – MalaysiaGazette

Langgar SOP: Tajuddin hadap IPD Dang Wangi

 


Baca Artikel Menari



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ebit Lew berlepas bersama misi kemanusiaan ke Gaza

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker