Azalina cadang ‘kerajaan darurat sementara’ libatkan semua parti


Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said mencadangkan Dewan Rakyat kembali bersidang kerana ia “satu-satunya cara untuk Malaysia maju ke depan” dalam menangani Covid-19.

Bagaimanapun, bagi mengelakkan “drama yang tidak diingin”, anggota parlimen Pengerang mencadangkan tiada usul undi tidak percaya didengar sehingga pandemik berjaya dikawal dan imuniti kelompak mencapai tahap 50 peratus.

“…tiada pilihan raya umum patut diadakan, sebaliknya kerajaan darurat sementara dengan kabinet darurat harus dibentuk, dengan wakil-wakil daripada seluruh parti politik,” katanya dalam kenyataan bertajuk “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.

Kerajaan boleh mengenakan perintah kawalan terhadap rakyat, tetapi bukan terhadap demokrasi, kata Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said.



Beliau berkata, menafikan hak Ahli Parlimen untuk melibat urus dengan kerajaan bermaksud menafikan hak rakyat di negara ini.

Dalam satu kenyataan, beliau menggesa kerajaan supaya melabur bagi mengadakan sidang Parlimen secara maya ketika tempoh darurat dan berkata tidak ada cara negara untuk maju ke depan melainkan Parlimen dibenarkan bersidang semula.

Azalina berkata, beliau juga baru-baru ini mengadakan perbualan dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkata “tidak ada bantahan untuk Parlimen bersidang secara maya”.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pengerang itu berkata, SOP lain termasuk menguatkuasakan syarat korum untuk prosiding parlimen.



Katanya Dewan Rakyat dan Dewan Negara cukup besar untuk memastikan penjarakan fizikal dan tidak perlu bimbang dengan ketertiban dan prosedur perlembangaan Parlimen kerana negara kini berada dalam keadaan darurat.

“Mempromosikan Semak dan Imbang: Gunakan Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai alat alternatif untuk menubuhkan proses siasatan telus dan promosikan akauntabiliti eksekutif. Jadikan proses dapat diakses oleh orang awam secara pantas supaya orang awam boleh menyertainya.

“Pastikan peruntukan dana kawasan yang adil: Memperuntukkan ‘Dana COVID Kawasan Pilihan Raya’ sebagai bipartisan dan alat untuk ‘reset, restart dan realign’ perbezaan politik parti-parti terhadap sasaran yang sama iaitu Pandemik COVID-19. Tolong pertimbangankan juga membenarkan semua ahli parlimen keistimewaan perjalana khas untuk melawat kawasan (untuk tujuan kerja sahaja).

“Untuk merapatkan jurang ideologi politik yang terus berkembang: Membenarkan Ahli Parlimen untuk ‘cross the floor’, bekerjasama dan membenarkan mereka menyuarakan kebimbangan, lengkapkan mereka dengan maklumat diperlukan untuk meningkatkan kesedaran dan dan mempertahankan strategi kerajaan,” ujarnya.



Terakhir, Azalina berkata, merapatkan defisit kepercayaan antara rakyat dan pentadbir dengan menggunakan khidmat Ahli Parlimen sebagai ejen komunikasi antara maklumat kesihatan awam.

Justeru itu, beliau menegaskan kerajaan tidak boleh meletakkan ‘lockdown’ kepada proses demokrasi.

‘Tak boleh dinafikan darurat, PKP 2.0 sudah gagal’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker