‘Tak boleh dinafikan darurat, PKP 2.0 sudah gagal’


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keadaan Covid-19 di negara ini jauh lebih kritikal berbanding ketika Ordinan Darurat dilaksanakan sejak empat bulan lalu.

Menerusi kenyataan dimuat naik di Fabeooknya, Najib mendakwa kematian baru naik 350 peratus daripada empat ke 18 mangsa.

Menurutnya, jumlah kematian dalam tempoh tujuh hari lalu naik 89 peratus daripada 54 mangsa kepada 102 mangsa.

“Bilangan pesakit dalam ICU (unit rawatan rapi) naik 88 peratus dari 187 kepada 352 pesakit dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan naik 114 peratus dari 87 kepada 175 pesakit.



“Bilangan kluster baharu dikesan dalam tempoh tujuh hari lepas naik 51 peratus dari 57 kepada 86 kluster dan kluster aktif (pada Isnin) pula adalah 398 iaitu 54 peratus lebih tinggi berbanding 258 masa darurat diumum,” katanya.

Menurutnya, maklumat itu menunjukkan dari hampir segala aspek, keadaan Covid Malaysia sebenarnya jauh lebih kritikal berbanding ketika darurat diumum.

“Tidak boleh dinafikan oleh sesiapa bahawa Darurat+PKP 2.0 sudah gagal,” katanya. Sinar



SUKUK itu hutang, kerajaan jangan ghairah atas lebihan langganan – Pakar Ekonomi

Related Articles

One Comment

  1. aku suka apa berlaku sebab beri peluang pada ‘abah’ tercinta untuk lanjutkan proklamasi darurat
    jangan harap darurat dapat tamat ogos ini
    PRU15 membazir duit, ‘abah’ pun kata kerajaan dah takde duit
    jadinya tak payah buat PRU15, gantung terus parlimen
    minta ‘abah’ buat proklamasi darurat yang baru
    buatlah darurat yang betul2 ada perintah curfew dimana askar dapat dilihat dimana-mana
    sampai pintu parlimen pun ada askar jaga siap dengan kereta kebal

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker