[VIDEO] Kucing Buta Kini Popular Di Internet dan Media Sosial



Sebaran :

Seekor kucing buta jalanan dengan bebola mata besar di Kanada kini mempunyai tuan, lapor laman berita Mirror UK kelmarin.

Pico yang merupakan kucing  jenis Norwegian Forest berusia sembilan tahun dibela oleh Marie-Josiee Brisson dan anak perempuannya, Monica.

Pico sebelum ini dilanggar kereta dan berada dalam keadaan koma selama tiga hari sebelum ia dengan ajaibnya sembuh.



Marie-Josiee dan Monica yang melawat Pico di klinik haiwan di mana kucing itu ditempatkan terus mengambil keputusan untuk membela kucing itu.

Lima tahun lalu, pemilik Pico terdahulu sedar bahawa mata Pico yang berwarna hijau bertukar menjadi kelabu lalu mereka membawa kucing itu berjumpa doktor haiwan dan diberitahu bahawa Pico menghidap penyakit glaucoma di kedua-dua matanya.

“Dahulunya Pico mempunyai sepasang mata berwarna hijau namun ia terkena jangkitan yang menyebabkan terjadinya glaucoma lalu ia buta.



“Kadangkala ia akan terlanggar perabot dalam rumah ini namun selalunya Pico berada dalam keadaan baik dan kenal kawasan rumah ini,” jelas Marie-Josiee.

Pico juga kini merupakan sensasi internet apabila memiliki akaun TikTok dengan 98,000 pengikut. -Agensi

LIHAT VIDEO DI BAWAH:-

 

Sumber: Mirror



Moyang Wad berusia 34 tahun dipercayai kucing tertua dunia


Sebaran :


Leave a Reply