Kapal pecah dua, berpuluh-puluh penumpang dikhuatiri mati

Sebaran :


ABUJA – Berpuluh-puluh orang dikhuatiri mati di barat laut Nigeria selepas kapal yang membawa kira-kira 200 orang penumpang pecah dua dan karam.

Sebilangan besar penumpang adalah wanita dan kanak-kanak yang bergerak dari negeri Niger ke negeri Kebbi.

Seorang mangsa yang terselamat memaklumkan kira-kira sekitar 40 orang telah diselamatkan.



Pihak berkuasa tempatan memberitahu BBC penyelam dan pekerja kecemasan berusaha menyelamatkan mangsa lain.

Setakat ini lima mayat sudah ditemui.
“Mayat masih ditemui. Kami tidak dapat memastikan jumlahnya buat masa ini,” kata Yahaya Sarki, jurucakap Babenor Kebbi.

Kejadian itu dipercayai berlaku kerana lebihan muatan memadangkan kapal tersebut hanya boleh memuatkan 80 orang sahaja.


Ini kerana kapal berkenaan turut mengisi beg-beg pasir dari lombong emas.

Kemalangan kapal di sepanjang Sungai Niger adalah perkara biasa dengan kepadatan orang yang menjadi penyebab utama dan juga perlanggaran dengan batang pokok di bawah air. MG

[VIRAL] [ VIDEO] Lagu terakhir anak Kapal selam Nanggala 402 : ‘Sampai Jumpa’ buat netizen sebak


Sebaran :

Leave a Reply