[VIDEO & FOTO] Tiga Lelaki Ditimpa Pokok Tumbang

Sebaran :

Tiga lelaki berdepan detik mencemaskan selepas kenderaan yang dinaiki mereka dihempap sebatang pokok tumbang dalam kejadian berdekatan Muzium Negara dari arah KL Sentral di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian berlaku pukul 3.05 petang sewaktu seorang penunggang motosikal warga tempatan serta dua lelaki warga asing yang menaiki sebuah kereta sedang dalam perjalanan menghala ke pusat bandar.

“Susulan hujan yang lebat dan angin kencang, sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta jenis Proton Saga dan sebuah motosikal mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan pada kaki dan telah dikejarkan ke hospital.



“Penumpang dan pemandu kereta Proton Saga berkenaan bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Anuar, kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan oleh pihak berwajib dan trafik dijangkakan akan beroperasi semula seawal pukul 7 petang ini. -K!ONLINE

VIDEO DIBAWAH:-

 

Pokok tumbang hempap kereta, 5 beranak nyaris maut

 

 


Sebaran :

Leave a Reply