Pokok tumbang hempap kereta, 5 beranak nyaris maut



Sebaran :


Sebatang pokok yang tumbang melintang di Jalan Hutan Simpan menghempap dua kenderaan. (Gambar Bomba)

Lima sekeluarga nyaris maut selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Masjid Tanah, Melaka petang tadi.

Sebuah kereta Honda Accord yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun turut dihempap pokok dalam kejadian sama pada kira-kira 6.35 petang.



Pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah menerima panggilan kecemasan pada 6.40 petang, dan sembilan anggota digerakkan ke lokasi kejadian, menurut Komander Operasinya, Zul Akhman Othman.

Di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati sebatang pokok yang tumbang melintang di Jalan Hutan Simpan telah menghempap dua kenderaan tersebut, menurut laporan Berita Harian.

“Apabila tiba, anggota bomba mendapati dua mangsa menaiki Proton Wira yang cedera sudah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan bantuan orang awam,” kata Zul Akhman.



Dua lagi mangsa dibawa ke hospital oleh ambulans, dan pemandu Honda Accord berada dalam keadaan stabil, tambah beliau.

“Akibat kejadian ini, berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira 4km,” kata beliau.

Ketika kejadian, menurut Zul Akhman, lima ahli keluarga tersebut yang berusia antara tiga tahun dan 30-an dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Masjid Tanah, manakala pemandu Honda Accord dari arah bertentangan. FMT




Sebaran :


Leave a Reply