Taikun India, Ratan Tata meninggal dunia
NEW DELHI: Tokoh korporat terulung India, Ratan Tata, menghembuskan nafas terakhir pada usia 86 tahun malam tadi, kata Kumpulan Tata yang dipimpinnya selama lebih dua dekad.
Tata, yang menerajui konglomerat itu selaku pengerusinya, menjalani rawatan intensif di sebuah hospital di Mumbai, menurut dua sumber kepada Reuters.
Mendiang Tata, antara pemimpin perniagaan India yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, berkhidmat sebagai pengerusi Kumpulan Tata dari 1991 hingga 2012.
Kumpulan Tata ialah salah satu syarikat terbesar di India, dengan pendapatan tahunan melebihi AS$100 bilion (RM4.3 bilion).
Mengumumkan berita sedih itu, Pengerusi Kumpulan Tata, Natarajan Chandrasekaran, menyifatkan mendiang sebagai ‘pemimpin yang benar-benar luar biasa’.
“Bagi pihak seluruh keluarga Tata, saya mengucapkan takziah kepada orang yang tersayang. Legasinya akan terus memberi inspirasi kepada kami ketika kami berusaha untuk menegakkan prinsip yang beliau perjuangkan dengan penuh semangat,” katanya.
Semasa memegang jawatan sebagai Pengerusi Kumpulan Tata, konglomerat itu membuat beberapa pengambilalihan berprofil tinggi, termasuk pengambilalihan pembuat keluli Inggeris-Belanda Corus, jenama kereta Jaguar dan Land Rover yang berpangkalan di United Kingdom dan Tetley, syarikat teh kedua terbesar di dunia.
Profil yang diterbitkan dalam majalah Economist pada 2011 menggelar Tata sebagai ‘titan’ atau gergasi dan memujinya kerana mengubah syarikat keluarga menjadi ‘kuasa global’.

“Mendiang memiliki kurang daripada satu peratus daripada kumpulan yang mempunyai nama keluarganya tetapi beliau adalah seorang ahli perniagaan paling berkuasa di India dan salah satu yang paling berpengaruh di dunia,” kata majalah itu.
Pada 2012, beliau bersara sebagai Pengerusi kumpulan itu dan dilantik sebagai Pengerusi Emeritus Tata Sons, syarikat induk kumpulan itu.
Kumpulan Tata berkata bahawa kerja amalnya ‘menyentuh kehidupan berjuta-juta orang’.
“Daripada pendidikan ke penjagaan kesihatan, inisiatifnya telah meninggalkan kesan mendalam yang akan memberi manfaat kepada generasi akan datang,” tambah syarikat itu.
Perdana Menteri India, Narendra Modi memuji Tata sebagai ‘pemimpin perniagaan yang berwawasan, berjiwa penyayang dan manusia yang luar biasa’.
Dalam hantaran di X, Modi memberi penghormatan kepada Tata dengan mengimbas kembali pengalaman berkongsi ‘banyak interaksi’ dengan mendiang selain sangat bersedih dengan kematiannya.
Tata dilahirkan dalam sebuah keluarga tradisional Parsi pada 1937 dan melanjutkan pengajian dalam bidang seni bina serta kejuruteraan struktur di Universiti Cornell, Amerika Syarikat (AS).
Pada 1962, beliau menyertai Tata Industries – syarikat pemangkin bagi kumpulan tersebut – sebagai pembantu dan menghabiskan enam bulan menjalani latihan di kilang syarikat di Jamshedpur.
Dari situ, beliau meneruskan kerjayanya di Tata Iron and Steel Company (kini dikenali sebagai Tata Steel), Tata Consultancy Services (TCS), dan National Radio and Electronics (Nelco).
Pada 1991, JRD Tata, yang telah menerajui kumpulan itu selama lebih setengah abad, melantik Ratan Tata sebagai penggantinya.
“Beliau [JRD Tata] adalah mentor terhebat saya… dia seperti bapa dan abang kepada saya – terlalu banyak untuk saya katakan mengenainya,” kata Tata dalam satu wawancara.
Di bawah Tata, syarikat itu berkembang menjadi sebuah empayar antarabangsa dengan portfolio yang merangkumi dari perisian hingga kereta sukan.
Beliau mengambil alih empayar keluarganya pada tahun 1991, ketika India baru sahaja melaksanakan pembaharuan pasaran bebas yang radikal.
Selama 21 tahun di bawah pimpinannya, konglomerat garam-ke-besi ini mengembangkan jejak globalnya termasuk jenama mewah British seperti Jaguar dan Land Rover.
Pada 2008, kerajaan India menganugerahkannya Padma Vibhushan iaitu penghormatan awam kedua tertinggi di negara itu.
Peter Casey, pengarang The Story of Tata, menggambarkan Tata sebagai ‘lelaki yang sederhana, pendiam dan juga pemalu’ serta sangat dan memiliki ‘disiplin yang luar biasa’.
“Ekonomi India berada di ambang lonjakan bersejarah. Dan kehidupan serta kerja Ratan banyak berkaitan dengan kedudukan kita sekarang,” tulis Anand Mahindra, pengerusi Kumpulan Mahindra, di X.
Harsh Goenka, pengerusi RPG Enterprises, berkata ‘jam telah berhenti berdetik’ dengan kematian Tata. “#RatanTata adalah lambang integriti, kepimpinan beretika dan kerja amal, yang telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam dunia perniagaan dan di luar. Beliau akan sentiasa dikenang dalam ingatan kami,” tulisnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Google kelahiran India, Sundar Pichai, memuji Tata kerana meninggalkan ‘legasi perniagaan dan kerja amal yang luar biasa’, sambil menambah bahawa tokoh perniagaan itu ‘amat prihatin dalam memperbaiki India’. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Lebih Baik Daim Tumpukan Kes Beliau Dari Laporan Bloomberg
- Selepas Di Dakwa Mengedar Dadah, Sekali Lagi Yusoff Rawther Di Dakwa
- BN-PH berpotensi menang besar jika teruskan momentum kerjasama
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pembebasan Najib Akan Menjadi Magnet Sokongan Melayu Kepada Kerajaan Perpaduan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Dan 3 Menteri Mungkin Di Heret Ke Mahkamah
- Banjir Selangor: Pertelingkahan Pemimpin Tidak Akan Menyurutkan Air
- Zahid Hamidi: Berhenti Usik PH
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertembungan Mahathir Dengan Muhyiddin Atau Hamzah Dengan Azmin Dalam Pemilihan PPBM
- Tanpa Isu 3R Pemimpin PAS Lesu
- Tahun Melawat Uzbekistan 2024
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir “phobia” bila dengar nama UMNO
- Memahami Lebih Baik Dari Di Fahami
- Perangkap Yang Tidak Di Sedari
- Pemangku Sultan Johor Sahkan Tindakan Sudah Di Ambil
Parti Bersatu akan alami “self destruction” jika Muhyiddin tidak undur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PN: Azmin Punca Kekalahan Di Mahkota
- Pendakwa Tidak Pernah Buktikan Duit Yang Masuk Akaun DS Najib Dari 1MDB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Iron Dome Israel Gagal Tangkis Peluru Berpandu Balistik Iran
- Pendakwaraya: Watak Jho Low Bukan Ciptaan
- UMNO nak melingkup pun ,itu urusan umno, Mahathir tidak perlu menyibuk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adik Izz Imil Adalah Bukti Kejayaan PINTAR Permata
- Siapa Sebenarnya Yang Terkulai, Rafizi Atau Lim Sian See
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ada Isu Yang Lebih Besar Dari Penderaan Kanak-Kanak Dalam Kes GISBH
- Pemuda PAN Di Tegur Kerana Bersikap Gelojoh
-
Muhyiddin harus undur segera demi selamatkan Perikatan Nasional
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kelantangan Dr Akmal Atau Kelemahan DAP Jadi Punca Kemerosotan Undi Cina
- Kekalahan Di Mahkota Membuka Ruang Untuk PAS Ambil Alih PN
You must be logged in to post a comment.