Cef hotel usung kuali ke kaki lima

KANGAR : Ketiadaan tetamu dan pelancong berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini mendorong Hotel Putra Brasmana di Kuala Perlis di sini mengambil inisiatif berniaga makanan di tepi jalan.

Cef dari hotel bertaraf tiga bintang tersebut tidak kisah ‘mengusung’ kuali memasak di kaki lima jalan sebagai usaha untuk memastikan kelangsungan hotel tersebut yang terjejas teruk akibat penutupan industri pelancongan berikutan Covid-19.

Hotel yang terletak berdekatan Jeti Kuala Perlis itu terjejas teruk apabila hanya menyediakan khidmat makanan di bilik kepada sebilangan kecil tetamu yang datang untuk urusan kerja sahaja.



Eksekutif Pemasaran hotel berkenaan, Syamil Abd. Rahman berkata, jumlah tetamu yang menginap di hotel tersebut ketika ini hanya sekitar 20 peratus iaitu golongan yang mempunyai urusan kerja di negeri ini.

Katanya, pihak pengurusan membelanjakan kira-kira RM4,000 bagi membina sebuah kiosk kecil dan membawa makanan daripada hotel tersebut untuk di jual di tepi jalan bagi menambah pendapatan hotel.

Virus Hingga di Everest



Menurutnya, walaupun menyediakan menu bertaraf hotel, nasi kukus ayam berempah dengan bahagian ayam suku ekor itu dijual pada RM6.50 sahaja, yang sangat berpatutan berbanding RM8 yang biasanya dijual di hotel.

“Cadangan untuk membuka kiosk makanan di luar hotel itu adalah sebelum PKP sepenuhnya lagi. Selepas mendapat izin pemilik tapak dan selesai urusan dokumentasi, kami mula beroperasi pada 1 Jun dari pukul 12 tengah hari hingga 6.30 petang.

“Alhamdulillah, sambutan yang diterima agak baik dengan sasaran jualan antara 50 hingga 60 bungkus sehari. Buat masa ini, kami jual nasi kukus ayam berempah dahulu, mungkin selepas ini kami akan menambah menu untuk minum petang pula,” katanya ketika ditemui di kiosk tersebut di tapak meletak kereta Pasar Raya Seri Utama Kuala Perlis, di sini semalam.

Polis siasat dakwaan MB Kedah ‘test drive’ kereta ketika PKP Penuh



Sementara itu, beliau memberitahu, jika PKP dilanjutkan selepas ini, pihak pengurusan mungkin menambah lagi kiosk jualan makanan yang sama di kawasan lain seperti di Kangar.

“Buat masa ini, kami masih menyediakan khidmat bungkus dan Food Panda untuk orang ramai yang mahu mendapatkan hidangan lain di hotel. Cuma perkhidmatan pandu lalu sudah tiada kerana kurang mendapat sambutan berbanding PKP 1.0 dulu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Cef Muhammad Naufal Nor Rasmazul Azhar berkata, dia tidak berasa malu untuk menjual makanan di tepi jalan walaupun bertugas sebagai cef hotel.



“Kita perlu buang rasa malu itu kerana banyak lagi peniaga kecil di tepi jalan yang sama-sama berniaga untuk mencari rezeki. Tiada bezanya antara kita semua yang penting kita perlu berusaha untuk kelangsungan hidup,” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

MB Kedah Didakwa Langgar SOP, ‘Test Drive’ Ford Ranger Raptor

Cef hotel usung kuali ke kaki lima


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO]”Allah..Beratnya Ujian Adik”..Sedihnya, Lepas Habis Duduki SPM, Pelajar Ini Baru Dapat Tahu Ayahnya Sudah MeninggaI Dunia.



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker