Pintu depan tulis ‘kedai tutup’, pintu belakang penuh pelacur

Sebaran :


Helah sindiket pelacuran yang meletakkan notis premis ditutup dan tidak beroperasi di pintu depan terbongkar apabila diserbu polis, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Rahimi Mohd Ra’ais, berkata dalam serbuan 9.15 malam, rumah kedai di Persiaran Midland, Georgetown itu dijadikan “sarang” kegiatan pelacuran dan perkhidmatan urut.

“Siasatan awal mendapati, premis tersebut merupakan pusat spa sebelum ini, namun kini menjalankan kegiatan pelacuran dan perkhidmatan mengurut. Dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang merupakan penjaga premis,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Rahimi berkata, turut ditahan empat pekerja wanita warga asing berusia antara 26 hingga 30 tahun dan pemeriksaan lanjut mendapati penjaga premis gagal menunjukkan lesen perniagaan selain semua pekerja tiada dokumen perjalanan sah.

“Premis itu dipercayai beroperasi hampir sebulan dengan menyasarkan warga tempatan dan warga asing, namun bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sindiket ini menutup pintu depan premis dan menampal notis penutupan kononnya ia tidak beroperasi.

“Sementara itu, pelanggan akan diarahkan masuk ke dalam premis tersebut melalui pintu belakang,” katanya.

Beliau berkata, sindiket itu beroperasi dengan mengiklankan gambar pelacur menggunakan aplikasi WeChat yang diuruskan oleh penjaga premis kepada pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks dan urut.

Dalam pada itu, polis turut mengeluarkan kompaun kepada empat lelaki yang merupakan pelanggan premis berkenaan kerana tidak mengimbas kod QR pada aplikasi MySejahtera atau mendaftar di buku pendaftaran.

Rahimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 372A Kanun Keseksaan (KK), 372B KK, Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen dan Peraturan 24 Undang-undang Kecil. Mk

Promosi gambar pelacur dalam WeChat, MiChat kecundang


Sebaran :

Leave a Reply