Promosi gambar pelacur dalam WeChat, MiChat kecundang

SERDANG – Sebuah premis dikesan menyediakan perkhidmatan pelacuran dengan mempromosikan gambar-gambar gadis kepada pelanggan menerusi aplikasi WeChat dan MiChat.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, premis berkenaan diserbu cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang bersama anggota polis Balai Polis Seri Kembangan dalam operasi yang dijalankan di Taman Equine, Seri Kembangan pada Khamis.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menjumpai pelanggan dan pelacur di tingkat dua dan tiga premis tersebut.

“Seramai 17 individu ditahan melibatkan lapan warga tempatan dan sembilan warga asing. Mereka antaranya penjaga premis, pelacur serta pelanggan berumur lingkungan 25 hingga 52 tahun.

“Kegiatan pelacuran ini dipercayai berlindung bawah perkhidmatan hotel bajet di samping menyediakan perkhidmatan pelacuran kepada pelanggan menggunakan aplikasi Wechat dan MiChat.

Wanita tawar khidmat seks menerusi MiChat didenda RM3,000

“Berdasarkan siasatan yang dijalankan, pelanggan akan berjumpa penjaga dengan menyebut ‘SkyQQ’ apabila sampai di hotel. Kemudian penjaga akan membawa pelanggan ke bilik hotel yang telah dikhaskan untuk kegiatan pelacuran dengan bayaran dari RM190 hingga RM220,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, beberapa barangan lain yang dirampas dalam serbuan itu adalah 20 kondom jenama ‘Super Thin’, empat pelincir jenama ‘KY Jelly’, lapan helai tuala, lapan gulung tisu dan wang tunai sebanyak RM245.

“Kesemua tangkapan dibawa balik ke IPD Serdang untuk saringan air kencing.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 55(b) Akta Imigresen 1959/63 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu langgar syarat pas lawatan sosial, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tiada dokumen perjalanan yang sah dan Peraturan 16(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Perintah Kawalan Pergerakan),” katanya.

Dirogol Bergilir-Gilir Kenalan WeChat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker