Dirogol Bergilir-Gilir Kenalan WeChat

KULAI – Seorang wanita dirogol bergilir-gilir oleh seorang kenalan di WeChat bersama rakannya yang lain di sebuah rumah di Taman Muhibah Saleng, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pada pukul 5.55 pagi, polis menerima panggilan kecemasan berkenaan insiden itu daripada mangsa yang berusia 29 itu sendiri.

Katanya, bertindak di atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah telah membuat serbuan bermula pukul 8.50 pagi hingga 1.50 petang di rumah terbabit dan di pekarangan Terminal Bas Kulai.

“Hasil serbuan telah berjaya menangkap enam lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun dan kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk siasatan lanjut.

Gambar hiasan

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengenali salah seorang daripada suspek melalui aplikasi Wechat sekitar November lalu. Mangsa telah diajak keluar oleh suspek dan dibawa ke rumah tersebut kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

“Mangsa telah dirogol secara bergilir-gilir tanpa kerelaannya oleh kesemua suspek yang ada di rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut hadir ke lokasi tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek direman selama enam hari bermula hari ini sehingga 13 Disember bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 30 lelaki di bilik hotel

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker