Elok kita dalam kolam, tiba-tiba terjun ke air car



Sebaran :

Pemuda PAS Kelantan menegur sikap Umno negeri itu yang didakwanya gopoh mengeluarkan kenyataan tanpa merujuk sumber yang jelas.

Timbalan ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Hushaimi Hussian berkata, Umno Kelantan juga sepatutnya menunjukkan kepada anak-anak muda cara berpolitik dengan matang.

“Elok-elok kita bermain dalam kolam, tiba-tiba nak terjun dalam air car (air longkang).



“Perlu diingatkan, kita jangan terlalu gopoh khususnya dalam rangka memperkukuh Muafakat Nasional (MN) yang dibina sebelum ini.

“Nak buat rujukan sekali pun rujuklah sumber berita rasmi parti, takkan ambil sumber tepi jalan, lebih-lebih lagi tajuk berita dijadikan teks dalam kenyataan media,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini, hari ini.

Kenyataan itu sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Umno Kelantan Akbar Salim yang meminta penjelasan PAS susulan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ahmad Yakob, yang disiarkan Harakahdaily dan Malaysiakini pada 2 Dis lalu.



Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata, perjuangan politik melalui perpaduan Melayu tidak boleh mengetepikan Bersatu.

Memetik laporkan Harakahdaily, Adun Pasir Pekan itu menegaskan pergerakan parti Melayu mestilah tidak terhad antara PAS dan Umno, tetapi perlu melibatkan parti lain termasuk Bersatu.

Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin yang secara terbuka berkata matlamat parti itu untuk menguasai semula kerajaan – yang kini diketuai Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) – dengan kerjasama PAS.



Kata Khaled, untuk mencapai matlamat menguasai kerajaan, kekuatan Umno dan PAS sudah memadai.

‘Penyatuan Melayu’

Sementara itu Mohd Hushaimi berkata, pihaknya yakin di peringkat akar umbi sama ada PAS, Umno dan Bersatu ingin melihat penyatuan orang Melayu dan Bumiputera terus berkekalan.



“Umno Negeri ini adalah organisasi rasmi parti, tunjukkan kepada anak-anak muda berpolitik dengan cara matang.

“Kami yakin di peringkat akar umbi baik PAS, Umno mahupun Bersatu ingin melihat penyatuan orang Melayu dan Bumiputera ini terus berkekalan.

“Jangan kita terikut-ikut dengan beberapa kerat pimpinan parti yang ada agenda tersembunyi.



“Jom kita kita perkasakan MN dan pertahankan kerajaan PN,” jelasnya yang juga pegawai khas menteri besar Kelantan. Mk


Sebaran :


Leave a Reply