Jaminan keselamatan terhadap vaksin Covid-19 diragui

Sebaran :

KERAJAAN perlu meneliti semula jaminan keselamatan terhadap pengguna bagi menerima suntikan vaksin Koronavirus (Covid-19) sebelum digunakan secara meluas di negara ini.

Ini kerana, United Kingdom (UK) dilaporkan memberi imuniti kepada syarikat pengeluar vaksin tersebut iaitu Pfizer daripada dikenaka sebarang tindakan undang-undang.

Imuniti tersebut juga melindungi Pfizer daripada disaman oleh pengguna sekiranya berlaku kegagalan, kesan sampingan buruk atau kematian.

Justeru, kerajaan perlu memastikan tahap keselamatan kepada penggunaan vaksin tersebut yang menggunakan messenger Ribonucleic Acid (mRNA).

MRNA didakwa belum pernah lagi digunakan kepada manusia dan menerusi vaksin Covid-19, teknologi tersebut merupakan kali pertama digunakan pada tubuh manusia.

“Agak janggal apabila vaksin yang lazimnya mengambil masa bertahun-tahun dikaji dan diuji sebelum dibenar untuk digunakan secara umum.

“Vaksin daripada Pfizer dibangunkan dalam masa yang sangat singkat ketika ditekan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mahukan vaksin tersebut sebagai gerakan politiknya ketika pemilihan presiden pada November lalu.’

“Tiga fasa ujian klinikal terhadap manusia bagi Pfizer dan Moderna hanya mengambil masa beberapa bulan sahaja.

“Sepatutnya ia memerlukan penyelidikan selama beberapa tahun bagi memastikan tiada kesan sampingan akibat daripada pengambilan vaksin tersebut.

“Turut dilaporkan, ketika dalam proses ujian, terdapat kesan sampingan dikenalpasti seperti kesakitan pada otot, menggigil dan sakit kepala.”

Demikian kata Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd. Hamzah seperti dipetik laporan portal The Vibes semalam.

Beliau berkata demikian mengulas implikasi kewangan terhadap penggunaan vaksin Covid-19, apabila kerajaan sebelum ini umum akan membelanjakan sekitar RM2 bilion bagi membelinya.

Tengku Razaleigh atau Ku Li dalam laporan sama turut menyentuh soal pembelian dan pengagihan vaksin tersebut berikutan penyimpanannya memerlukan kos yang tinggi.

Ini kerana, vaksin yang menggunakan teknologi mRNA seperti untuk Covid-19 memerlukan simpanan khas pada suhu -70 darjah Celcius.

Justeru, satu lagi implikasi kewangan perlu diselesaikan bagi menyimpan vaksin tersebut sebelum digunakan ke atas orang awam.

“Pembelian vaksin menyebabkan implikasi kewangan sebanyak RM2 bilion dan ia memerlukan peti simpanan khas yang boleh menghasilkan suhu -80 darjah Celcius.

“Itu mungkin akan memakan belanja sebanyak RM1 bilion lagi. Adakah akan terdapat kos tambahan bagi mengisi dan menyiapkan vaksin itu di negara ini?” soal Ku Li.

Harga vaksin yang dibangunkan oleh Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech dijangka bernilai RM79 bagi setiap dos. SM

Ujian Akhir Vaksin Pfizer 95 Peratus Berkesan


Sebaran :

Leave a Reply