Ujian Akhir Vaksin Pfizer 95 Peratus Berkesan

Syarikat farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech berkata vaksin koronavirus (Covid-19) dihasilkan mereka adalah 95 peratus berkesan.

Keputusan siri ujian menunjukkan vaksin berkenaan berkesan untuk mencegah jangkitan termasuk bagi warga emas, malah tiada isu keselamatan yang serius.

Daripada keputusan ujian itu, syarikat berkenaan yakin vaksin itu mampu bertindak aktif dan cukup berkesan melawan virus Covid-19.

Saintis Islam Hasilkan Vaksin Covid-19

“Keberkesanannya adalah sangat konsisten bagi setiap lapisan usia, bangsa dan etnik. Tindak balas keberkesanan (vaksin berkenaan) yang diperoleh membabitkan orang dewasa yang berusia 65 tahun ke atas adalah lebih 94 peratus,” kata Pfizer dalam satu kenyataan bersama rakan kongsi Jerman, BioNTech hari ini.

Pfizer berkata, pihaknya akan memohon kelulusan untuk penggunaan vaksin berkenaan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) serta badan berkaitan di peringkat global dalam masa terdekat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech, Dr Ugur Sahin yang juga pengasas bersama syarikat berkenaan, berpendapat vaksin itu perlu digunakan dengan segera kerana menjadi satu-satunya vaksin paling efektif kesannya ketika ini. – Agensi-SH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker