Saintis Islam Hasilkan Vaksin Covid-19

Share

Inilah wajah dua orang doktor yang telah berjaya bangunkan vaksin Covid19 yang bakal dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer.

Baru-baru ini, media melaporkan vaksin buatan Pfizer dan BioNTech didapati menunjukkan 90 peratus keberkesanan dalam mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Namun siapa sangka, pasangan saintis Muslim dari Turki iaitu Dr Ugur Sahin dan Dr Oezlem Tuereci adalah ‘tulang belakang’ di sebalik penghasilan vaksin yang didakwa berkesan itu.

Menurut laporan Daily Mail dan Muslim Mirror, Ugur mempunyai kepakaran dalam bidang imunoterapi manakala isterinya merupakan ahli lembaga pengarah BioNTech, sebuah syarikat miliknya.

Pasangan yang berkahwin pada 2002 itu amat berminat bagi melakukan penyelidikan sebelum menubuhkan syarikat untuk membangunkan alat imunoterapi kanser.

Malah, Yayasan Bill & Melinda Gates turut melaburkan $55 juta dalam syarikat tersebut. Pasangan itu juga disifatkan merendah diri dengan kehidupan serba sederhana walaupun menjadi antara 100 orang terkaya di Jerman.

Justeru tidak dinafikan, pasangan yang masing-masing berusia 55 tahun dan 53 tahun itu mampu memberi harapan sebenar kepada dunia termasuk mereka yang menderita akibat wabak berkenaan.

Jika dilihat, banyak negara mendakwa mempunyai vaksin yang mampu melawan Covid-19 namun keberkesanannya masih belum dapat dipastikan lagi.

 

Latar Belakang

Inilah wajah dua orang doktor yang telah berjaya bangunkan vaksin Covid19 yang bakal dipasarkan oleh syarikat farmaseutikal Pfizer.

Pasangan suami isteri ini beragama Islam.

Ibubapa mereka berasal dari Turki dan berhijrah ke Jerman semasa mereka kecil.

Pasangan ini asaskan syarikat biotek BioNTech di Jerman dan ada 1,800 pekerja, kebanyakannya adalah saintis.

Mereka berdua ini bukan hanya doktor dan saintis, tapi juga billionair.

Syarikat BioNTech mereka bernilai sebanyak 21 billion dollar di pasaran saham Jerman.

Tapi walaupun kaya, mereka tiada kereta dan hanya berbasikal ke pejabat.

Rumah mereka pula hanyalah sebuah apartment sederhana mewah yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka.

Kata CEO Pfizer, Alber Bourla;

“Dr. Ugur ini sangat unik. Beliau hanya pentingkan sains (dan hasil kajian syarikatnya) dalam hidupnya.

Beliau langsung tidak berminat bercakap tentang bisnes.”

Kerana terlalu sibuk, Dr. Ugur sehingga ke hari ini masih belum tandatangan sebarang perjanjian dengan Pfizer walaupun sudah bekerjasama semenjak awal tahun ini.

Dan CEO Pfizer serta Dr. Ugur tidak risau kerana kerjasama mereka ini dijalin atas rasa percaya antara satu sama lain.

Sumber: Daily Mail , Muslim Mirror, New York Times

Vaksin Covid-19 sudah ditemui?

Leave a Reply