Bermain Dengan Anjing Peliharaan, Netizen Persoal Agama Afgan – “Yes, I Am A Proud Moslem”

Bermain Dengan Anjing Peliharaan, Netizen Persoal Agama Afgan -

Penyanyi terkenal Indonesia Afgan mencuri perhatian wargamaya apabila mempamerkan aktivitinya bermain bersama anjing peliharaannya.Menerusi laman sosial Instagram, Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza, 31, berkongsi sebuah video asal TikTok sedang memegang anjing berwarna putih yang diberi nama Coco untuk tatapan umum.“How I start my day,” tulis Afgan ringkas sebagai kapsyen video. 

Menerusi perkongsian berdurasi 15 saat itu, Afgan kelihatan bermain-main dengan anjing peliharaannya sehingga mengundang persoalan tentang agama yang dianutinya.

Sorry kalau saya tanya, kamu seorang muslim? Gendong seekor anjing?” tanya wargamaya tersebut.

Tidak tinggal diam, Afgan tampil menjawab pertanyaan tersebut.

“Yes, saya bangga menjadi seorang muslim. Tapi sekarang kan ada sabun tanah. Anda boleh membersihkan diri dengan sabun tersebut jika anjing tersebut menjilat anda. Jadi, semuanya bagus,” jawab Afgan.

Selain itu, ada juga beberapa peminat daripada Malaysia yang mempersoalkan agama anutan Afgan apabila dia membela seekor anjing di dalam rumah.

Mati-mati aku ingat Afgan ni Islam. Kalau tak tengok video ni memang tak tahu la Afgan bukan Islam. Comel sangat anjingnya,” komen seorang wargamaya.

Nak tanya, Afgan ni Islam ke tidak?” soal seorang wargamaya.

Namun, ada sedikit pertelingkahan yang berlaku di ruangan komen apabila segelintir netizen mempersoalkan tindakannya membela anjing walaupun sudah diketahui tentang hukum hakamnya.

Dalam masa yang sama, mereka turut mengingatkan penyanyi berusia 31 tahun itu agar menitikberatkan penjagaan kebersihan di sekitar rumah kerana bimbang ada yang terkena air liur haiwan peliharannya itu.

Malah, tidak kurang juga ada yang mempertahankan penyanyi kesayangan mereka itu yang tentunya mahir dalam membuat keputusan.

Masya-Allah saya risau tentang perkara itu tapi saya tahu awak pasti dah buat pelbagai kajian bila membuat keputusan membela Coco. Semoga selalu dalam lindungan Allah ya Gan,” sokong seorang wargamaya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 270,000 tontonan daripada pengikutnya-GEMPAK

Berkelah: Young Syefura, lima rakan hadir ke IPD Sepang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker