Berkelah: Young Syefura, lima rakan hadir ke IPD Sepang

Share

Sepang: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari dari DAP, Young Syefura Othman hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, bagi memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Adun itu dilihat tiba di IPD Sepang pada 9.15 malam ditemani lima rakan terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki.

Kehadiran wakil rakyat itu susulan gambar percutiannya bersama rakan di Avani Sepang Gold Coast Resort Bagan Lalang tular di media sosial dan mengundang kecaman kerana tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Beliau dilihat tidak mematuhi penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka.

Young Syefura yang ditemui wartawan di perkarangan IPD itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya hanya menjawab, “Nantilah saya jawab,”.

Sementara itu, Ketua Polis Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya memanggil Adun terbabit bagi membantu siasatan kes berkenaan selepas menerima dua laporan polis.

Katanya, polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 22 (b)Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

Sumber: GEMPAK, Harian Metro

Young Syefura (Rara) mahu letak jawatan ADUN?

Leave a Reply