Young Syefura (Rara) mahu letak jawatan ADUN?

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman akan membuat satu pengumuman selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berlangsung.

ADUN DAP yang kini menjadi perhatian kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) baru-baru ini bagaimanapun tidak menyatakan isu yang akan ditimbulkan dalam pengumuman tersebut.

“Saya akan membuat satu pengumuman selepas sidang dewan DUN Pahang yang akan berlangsung selama seminggu bermula 16hb November ini. Terima kasih,” ciap Young Syefura yang dikenali sebagai Rara dalam kalangan pengikut media sosialnya.

Ciapan tersebut disusuli satu lagi ciapan,”You asked for it, you got it”.

Hantaran tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikut ADUN tersebut. Ada yang membuat kesimpulan kononnya Young Syefura akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat. SM

Adun Dap Ketari Rara langgar SOP PKPB

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker