Annuar nafi salah guna kuasa apabila sokong projek lebuh raya diberi secara rundingan terus

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa menafikan dakwaann menyalahguna kuasa apabila menyokong projek pembinaan lebuh raya di Kelantan diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat.

Beliau akur memberikan surat sokongan untuk syarikat berkenaan dianugerahkan projek itu namun menegaskan, tindakanya selari dengan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Bila rakyat minta sokongan dan ada asas dan merit yang sesuai, tugas wakil rakyat adalah memberikan sokongan yang dipohon.

“Laku tak laku (surat sokongan) itu soal lain kerana setiap urusan kerajaan terutama sistem perolehan mesti mengikut peraturan,” kata Ahli Parlimen Ketereh itu di Facebooknya.



Annuar berkata projek berkenaan akhirnya melalui proses tender terbuka.

Sebelum ini, bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Lokman Noor Adam mendedahkan surat sokongan Annuar kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk dua fasa pembinaan Lebuhraya Kota Bharu- Kuala Krai, diberikan kepada sebuah syarikat.

Lokman mendakwa surat sokongan itu adalah menjelaskan kenapa Annuar ‘beria’ mempertahankan Muhyiddin.

Annuar berkata sokongannya itu tidak pun diambil kira oleh Muhyiddin dan menyifatkan Lokman sebagai cuba menfitnahnya. FMT



Projek rundingan terus: Tular pula surat syarikat dengan sokongan Tun Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker