Remaja 16 tahun dirogol bergilir-gilir 30 lelaki di bilik hotel

Share

Seorang remaja perempuan dirogol bergilir-gilir oleh 30 lelaki di sebuah hotel di Israel pada minggu lalu.

Memetik laporan Haaretz, remaja perempuan yang berusia 16 tahun itu keluar untuk minum bersama-sama rakannya di Eilat.

Menurut polis tempatan, mangsa yang pada ketika itu berada dalam keadaan mabuk kemudiannya ke Hotel Red Sea untuk menggunakan bilik air.


Dia dibawa ke sebuah bilik di hotel tersebut dan dirogol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki.

Polis tempatan dilaporkan berkata rakan mangsa cuba menghentikan kelakuan lelaki-lelaki tersebut tetapi gagal.

Beberapa lelaki dalam kumpulan berkenaan juga dilaporkan merakam kejadian tersebut menggunakan telefon bimbit mereka.


Pihak polis juga berkata mangsa bukan penghuni hotel tersebut tetapi sekadar meluangkan masa bersama-sama rakan-rakannya di situ.

Setakat ini, dua suspek yang terlibat dalam serangan tersebut ditahan.

Seorang suspek yang berusia lewat 20-an ditahan pada Rabu setelah polis menemui rakaman video insiden tersebut dan mesej yang dihantar kepada mangsa dalam telefon bimbitnya.


Dia memberitahu polis bahawa 30 lelaki melakukan hubungan seks dengan mangsa tetapi mendakwa bahawa ia dilakukan secara suka sama suka.

Suspek kedua pula ditahan pada pagi Khamis.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Khamis mengecam insiden rogol tersebut menerusi satu ciapan di laman Twitter peribadinya.

“Ia sungguh mengejutkan. Ia bukan sahaja satu jenayah terhadap gadis tersebut, tetapi juga satu jenayah terhadap nilai kemanusiaan.

“Mereka yang bertanggungjawab perlu dihadapkan ke muka pengadilan,” kata Netanyahu.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Benny Gantz juga mengutuk perogol yang terlibat dalam insiden yang tidak bermoral tersebut menerusi satu entri di laman Twitter peribadinya.

“Siasatan polis masih dilakukan, tetapi saya fikir ia penting untuk saya sampaikan mesej kepada mereka yang mengambil terlibat atau saksi kejadian.

“Satu-satunya perkara yang anda buktikan ialah kerosakan jiwa dan moral anda.

“Kepada mangsa, saya bersama-sama anda dan anda tidak bersendirian,” ujarnya. Awani

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!