Takiyuddin beri penjelasan kepada Parlimen Isnin depan

Takiyuddin beri penjelasan kepada Parlimen Isnin depan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyudddin Hassan akan memberi penjelasan dan jawapan berkenaan kenyataannya kepada Dewan Rakyat semalam iaitu kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat pada Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam hari kedua Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.



Katanya, beliau sebagai ahli Parlimen juga dalam situasi sama iaitu memerlukan penjelaskan ekoran kenyataan itu semalam.

“Saya percaya ramai di peguam di luar sana bertanyakan perkara sama. Memandangkan kita dalam sistem berparlimen, saya dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa Menteri Undang-Undang akan beri jawapan pada Isnin ini,” katanya dalam Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Gobind Deo Singh (PH-Puchong) bangkit dan mahu penjelasan menteri bertanggungjawab adakah pengumuman semalam mengikut Perlembagaan Persekutuan dan telah mendapat Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Semalam Takiyuddin memaklumkan kerajaan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk melanjutkan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu dan sepatutnya tamat pada 1 Ogos ini.



Beliau juga berkata, berdasarkan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, kerajaan juga memutuskan membatalkan semua ordinan yang dibuat sepanjang tempoh Proklamasi Darurat. Utusan

Takiyuddin beri penjelasan kepada Parlimen Isnin depan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




https://mykmu.net/2021/07/26/pm-cirit-birit-boleh-umum-kenapa-ordinan-darur

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker