Bazar Ramadan seluruh negara akan dipantau oleh KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pemantauan ke atas bazar Ramadan di seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 1,000 pegawai akan digerakkan untuk memeriksa premis jualan di bazar Ramadan di seluruh Malaysia bagi memastikan peniaga mematuhi kualiti dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

“Pemantauan makanan di bazar Ramadan akan dilaksana di seluruh negara melalui Ops Bazar Ramadan bagi memastikan makanan yang dijual oleh pengendali makanan mematuhi peraturan dan undang-undang digariskan.



“Selain itu, kod QR aduan turut ditempatkan di setiap bazar Ramadan bagi memudahkan orang ramai menyalurkan aduan berhubung kebersihan dan keselamatan makanan di bazar secara terus,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Wellness Hub Terengganu di Klinik Kesihatan Seberang Takir dekat sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Dr Dzulkefly berkata, orang ramai juga dinasihatkan supaya memeriksa dahulu makanan sebelum membeli bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Nak beli kena tengok dahulu kualiti dan rupa sesuatu makanan itu. Lihat jika ada perubahan warna dan fizikal sesuatu makanan.



“Perhati dan lihat sebelum pilih dan kalau boleh hidu dahulu makanan itu semasa membeli di bazar Ramadan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Dzulkefly berkata, golongan yang kurang sihat dan sakit diminta elakkan pergi ke tempat yang sesak dan dipenuhi orang ramai selain memakai pelitup muka.

Tambah beliau, Peraturan 12(1)(a) dan 12(1)(b) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 telah pun memaklumkan bahawa tanggungjawab bagi pemilik premis supaya memastikan tanda amaran larangan merokok dipamerkan di premis serta tiada individu merokok dalam premis mereka.

Beliau menjelaskan kawalan tersebut masih diteruskan di bawah Akta Baru iaitu Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).



“Di bawah Seksyen 18(1) menyatakan tanggungjawab pemilik premis untuk memastikan premis mereka bebas daripada sebarang aktiviti merokok,” ulasnya.

Bagaimanapun, Dr Dzulkefly berkata, KKM mempunyai tatacara tertentu sebelum tindakan mengeluarkan notis kesalahan diambil terhadap pemilik premis ketika penguatkuasaan dilaksanakan.

“Premis akan diperiksa sama ada pemilik premis ada menyediakan kelengkapan untuk merokok atau bekas abu rokok serta membiarkan pelanggan merokok secara berleluasa,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan



Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,



Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker