Anak sulung ikut jejak sebagai penyanyi, Alif Satar bangga

Artis versatil, Alif Satar bangga anak sulungnya, Alisha Anugerah, 9, tidak mengambil masa lama bagi merakamkan lagu Al-Fatihah untuk platform penstriman digital kanak-kanak Muslim, Durioo+ walaupun hanya diperdengarkan melodi lagu pada hari rakaman.

Alif dilantik sebagai duta Durioo+ berkata, pembabitan Alisha menerusi lagu Al-Fatihah berlaku secara spontan selepas anaknya menyuarakan hasrat untuk menjadi suara latar bagi cerita animasi.

“Anak-anak saya memang diberikan iPad dan mereka selalu merakam ulasan permainan untuk suka-suka. Alisha pernah bertanya bila boleh sumbangkan suara untuk animasi.



“Saya katakan kepadanya ada beberapa kenalan dan mungkin saya boleh bertanya kepada mereka

“Kebetulan Durioo+ sedang mencari bakat kanak-kanak untuk menyanyi, jadi Alisha akhirnya diberikan peluang merakamkan lagu Al- Fatihah.

“Alisha memang mengikut jejak langkah saya sebab suka mencuba semua benda.

“Proses rakaman tak ambil masa lama, sekitar dua jam sahaja. Apa yang buatkan saya kagum, Alisha cepat tangkap, sedangkan lagu Al-Fatihah agak sukar, apatah lagi, mendengar melodi pada hari rakaman.



“Durioo+ sangat berpengalaman mengendali kanak-kanak dan proses rakaman jadi sangat mudah,” katanya kepada BH Online.

Selain lagu Al-Fatihah, Alisha turut merakamkan suaranya untuk lagu berbentuk doa di platform sama.

Sementara itu, Alif pula meminjamkan suara dalam siri animasi original ILM: Kebangkitan Khalifah yang ditayangkan di platform Durioo+ sempena Ramadan ini.

Katanya, dia tidak berfikir panjang dan rugi sekiranya menolak pelawaan Pengasas Durioo+, Sinan Ismail untuk terbabit dalam projek yang dianggap cukup istimewa itu.



“Bagi saya, satu kerugian jika saya tolak projek istimewa ini. Selain menghiburkan, ILM juga berfungsi sebagai sumber pembelajaran Islam yang berharga untuk kanak-kanak.

“Dengan usaha Durioo+, keluarga Muslim di Malaysia boleh dapat manfaat sepanjang Ramadan dengan nilai murni melalui siri ILM dan konten lain yang ditawarkan di Durioo+,” katanya yang ditemui pada sambutan ulang tahun kedua Durioo+ di Asia School Of Business, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman meminjamkan suara untuk watak Ishak, pelakon, penyanyi dan pengacara berusia 34 tahun itu berkata, ini bukan kali pertama terbabit dalam menyumbangkan suara untuk animasi, tetapi pengalaman kali ini berbeza.

Katanya, rakaman suara untuk siri animasi itu dibuat dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris.



“Proses rakaman bagi setiap episod memakan masa sangat lama.

“Kali ini, saya rasa sangat berbeza kerana kami diberikan guru vokal yang betul-betul meneliti setiap nada dan perkataan dilontarkan.

“Proses menyiapkan siri ini membabitkan ramai orang. Ini memang bukan satu pengalaman biasa kerana selain cerita, ada juga sirah yang disampaikan untuk memastikan kesahihan cerita.

“Lebih mencabar rakaman dibuat dalam dua bahasa dan proses untuk satu episod sangat panjang,” katanya.



Tambah Alif, dia tetap terima tawaran ILM walaupun mereka hanya tunjukkan lakaran asas.

“Saya terima kerana memikirkan pahala yang terus mengalir apabila jayakan projek ini.

“Bila mereka tunjukkan produk akhir, saya memang terkejut dengan hasil yang disiapkan.

“Animasi ini sangat bermanfaat dan sesuai ditonton golongan kanak-kanak kerana menyelitkan banyak pengajaran dan sirah.



“Sebagai bapa, saya akan galakkan anak-anak menonton Durioo+ kerana mempunyai banyak konten bermanfaat yang menerapkan ciri-ciri Islam dan selamat untuk ditonton,” katanya.

ILM: Kebangkitan Khalifah mengambil latar tahun 4030 mengisahkan sekumpulan wira Muslim yang cuba bangkit daripada pada penindasan Zaleem.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rayuan jangan boikot Starbucks, netizen ‘sekolahkan’ Vincent Tan

Toshiba bakal muflis?

Ajai tolak berduet dengan Nourul, dah tak ada rasa katanya,

Elly menggigil dicabul ustaz

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker