Malaysia sasar 30 ekonomi terbesar dunia

Perdana menteri berkata tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia peneraju ekonomi Asia.

Malaysia sasar 30 ekonomi terbesar dunia

Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 terbesar dunia dalam tempoh 10 tahun dari kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022, dengan menumpukan penyerantauan dan daya saing lebih besar, mengutamakan kerumitan ekonomi dan meningkatkan rantaian nilai.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, berkata tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.



“Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4%.

“Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5%, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6%,” katanya pada majlis peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat.

Anwar berkata, negara perlu membentuk integrasi ekonomi lebih besar dengan negara jiran ketika dunia berdepan kekangan rantaian bekalan. FMT

Malaysia sasar 30 ekonomi terbesar dunia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas suami Yasmin Hani tayang kekasih baru, lagi hot



Laporan polis terhadap Papagomo dibuat kerana memfitnah oleh Setpol Fahmi Fadzil

Farid Kamil bagi respon ‘pedas’ bila ada persoal Diana tinggalkan anak ketika pergi Festival Good Vibes



Sean Edward dituduh sebabkan kematian Nurin Najmina

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker