Kerajaan berjaya gempur naratif fitnah, perkauman sempit – Anwar

Kerajaan berjaya gempur naratif fitnah, perkauman sempit – Anwar

Perdana Menteri menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai sebagai satu bentuk kejayaan Kerajaan Perpaduan melawan naratif yang dibawa oleh pihak pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan Datuk Amizar Abu Adam menandakan kerajaan berjaya mendobrak naratif fitnah dan perkauman sempit.



Ia juga meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka ekonomi Madani,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam PRK DUN Pelangai semalam, Amizar yang mewakili BN berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan menewaskan calon PN, Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli dengan majoriti 2,949 undi.

Amizar memperoleh 7,324 undi, manakala Kasim dan Haslihelmy, masing-masing mendapat 4,375 dan 47 undi.

Sementara itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mengucapkan tahniah kepada Amizar, pengundi dan barisan jentera yang menjadi tulang belakang terhadap kejayaan mengekalkan kurisi sebelum ini di sandang oleh Allahyarham Datuk Seri Johari Harun.



“Alhamdulillah, tahniah kepada Amizar yang memenangi Pilihan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

“Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya. Utusan

Kerajaan berjaya gempur naratif fitnah, perkauman sempit – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker