Anwar kecam tindakan berat sebelah antarabangsa selesai isu Palestin

Anwar kecam tindakan berat sebelah antarabangsa selesai isu Palestin

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengecam masyarakat antarabangsa kerana secara berterusan mengambil tindakan berat sebelah terkait segala bentuk kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu hantaran di laman X, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa Malaysia kekal bersolidariti dengan perjuangan rakyat Palestin.



“Rampasan tanah dan harta milik rakyat Palestin dibuat Zionis tanpa henti.

“Akibat ketidakadilan ini, ratusan nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa korban,” katanya.

Terdahulu Wisma Putra dalam satu kenyataan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) segera mengadakan sidang tergempar bagi menghentikan keganasan di Palestin.

Putrajaya juga menggesa semua pihak yang terlibat untuk bersikap penuh kawalan diri dan berusaha untuk mengurangkan ketegangan.



“Puncanya mesti diakui. Rakyat Palestin telah mengalami pendudukan haram, sekatan dan penderitaan yang berpanjangan, penodaan Masjid al-Aqsa, serta politik perampasan oleh Israel sebagai penjajah,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, lebih 250 rakyat Palestin dilaporkan terkorban manakala lebih 1,700 cedera susulan pengeboman Israel ke atas Gaza semalam. FMT

Anwar kecam tindakan berat sebelah antarabangsa selesai isu Palestin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?

PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas



Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ziela Jalil kena sabotaj?



PA Ebit dah bersama Caprice, makin panas

Berdosa ke jadi janda, soal Fauziah

Hidung aktres wanita rosak ditipu ‘beautician’ menyamar doktor

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker