SOSMA tidak akan dimansuhkan

SOSMA tidak akan dimansuhkan

KERAJAAN tidak berhasrat memansuhkan atau mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, SOSMA masih relevan dan penting bagi memelihara ketenteraman awam serta keselamatan negara.



Katanya, SOSMA adalah undang-undang berbentuk prosedur yang digunakan untuk kesalahan-kesalahan keselamatan spesifik dan memiliki perincian di dalam Jadual Pertama SOSMA 2012.

Katanya lagi, polis masih memerlukan SOSMA agar tindakan segera boleh diambil untuk mengelakkan sebarang kegentaran awam dan ancaman kepada kedaulatan negara serta kesejahteraan rakyat.

“Walaupun begitu, kementerian komited menambah baik undang-undang itu bagi memastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara, namun ia harus diimbangi dengan hak masyarakat serta kepentingan dan ketenteraman negara.

“Dalam melaksanakan penambahbaikan terhadap undang-undang itu, pihak kementerian mengadakan perbincangan dan bengkel dalaman untuk melihat cadangan penambahbaikan.



“Pihak berkepentingan termasuklah pertubuhan bukan kerajaan, pakar akademik, komuniti dan sebagainya akan dilibatkan dalam sesi pengumpulan maklum balas terhadap cadangan penambahbaikan berkenaan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan P Prabakaran (PH-Batu).

Prabakaran meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk memansuhkan atau mengkaji semula akta SOSMA iaitu penahanan terhadap individu tanpa bicara dan tanpa ikat jamin kerana ia telah melanggar hak asasi manusia.

Menjawab sama ada kerajaan berhasrat mengkaji semula hukuman bagi sesuatu kesalahan sama yang melalui prosiding mahkamah pada waktu sama tetapi hukuman yang dijatuhkan berjalan berasingan, Saifuddin Nasution berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan dasar atau arahan yang diterima berhubung perkara berkenaan.



Beliau berkata oleh itu, tiada sebarang kajian atau hasrat untuk mengkaji semula hukuman berkenaan.

“Kajian secara menyeluruh hanya akan dilaksanakan dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan perlu diterajui oleh kementerian/agensi yang diberikan mandat dan kuasa berkaitan perkara ini,” katanya.

Sementara itu menjawab soalan bertulis Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai status penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Dan Salah Laku Polis (IPCMC), Saifuddin Nasution berkata, Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) (Akta 839) akan mula berkuat kuasa mulai 1 Julai depan.

Beliau berkata pada masa ini, kementerian sedang menunggu kelulusan perjawatan dan peruntukan daripada agensi pusat bagi penubuhan suruhanjaya berkenaan.



Mengenai status anggota PDRM dilengkapi peralatan kamera badan serta perbelanjaan untuk itu, beliau berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30 juta untuk perolehan Body Worn Camera (BWC) di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) Tahun 2021Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi kegunaan penugasan harian anggota polis.

Katanya, BWC akan digunakan oleh anggota PDRM yang bertugas di lapangan terutama bagi Unit Kereta Peronda Polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal Polis (URB) serta rondaan jalanan polis di 157 buah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh negara.

“Sejumlah 7,648 unit BWC dirancang untuk diperolehi dengan anggaran harga di antara RM2,000 hingga RM2,500 seunit,” katanya. Utv

SOSMA tidak akan dimansuhkan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)



Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan

Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker