Sekolah macam biasa walaupun ada lokasi cuaca panas melampau – Menteri Pendidikan

SUNGAI PETANI: Sesi persekolahan yang dijadual bermula 10 dan 11 Mac ini akan berjalan seperti biasa, meskipun beberapa negeri berdepan keadaan cuaca panas hingga ke tahap berjaga-jaga.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata jadual operasi sekolah bagi sesi petang pada bulan Ramadan akan ditamatkan lebih awal iaitu 5.30 petang, manakala Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan tamat jam 5 petang.

Katanya, langkah itu bagi memberi ruang kepada murid dan guru untuk pulang lebih awal dan dapat berbuka puasa dalam keadaan selesa.



“Sekolah sesi pagi pula akan beroperasi seperti biasa, saya fikir penting untuk kita beringat di hari semasa pembukaan sekolah dan Ramadan ini, ibu bapa perlu memastikan anak minum air secukupnya pada waktu sahur dan berbuka.

“Kantin tidak boleh tutup, bagi anak yang tidak berpuasa dan anak yang bukan Islam, kantin beroperasi seperti biasa, jadi kita harap semangat kembali bersekolah dan sambut Ramadan, kita dapat buat persiapan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina (SJKC) Poi Chee di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pihaknya sentiasa merujuk Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan Kementerian Kesihatan (KKM) dari semasa ke semasa bagi menentukan pakaian dan aktiviti yang bersesuaian ketika cuaca panas.



Katanya, pada masa ini pihaknya masih mengekalkan garis panduan cuaca panas yang diguna pakai sebelum ini mengikut kesesuaian semasa.

“Semua pihak kena ambil maklum keadaan cuaca ketika ini dan bagi pembukaan sekolah dan Ramadan akan datang, kita akan patuhi surat peringatan yang ada sebelum ini.

“Jabatan Pendidikan Negeri telah adakan libat urus khususnya dengan pengetua dan guru besar untuk memperingatkan tentang pekeliling khusus termasuk konteks aktiviti dan juga keperluan pakaian mengikut cuaca.

“Apa pun panduan utama kita adalah MetMalaysia, jadi kita akan patuhi arahan agensi berkenaan dari semasa ke semasa,” katanya.



Kelmarin, MetMalaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan kawasan Pokok Sena, Kedah merekodkan suhu panas tahap dua atau gelombang haba, iaitu merujuk kepada suhu maksimum harian 37 hingga 40 darjah celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga pula merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Suhu panas tahap berjaga-jaga turut direkod di 21 kawasan iaitu seluruh Perlis; Pulau Langkawi, Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Yan, Pendang serta Baling di Kedah; Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

30 ekor gajah datang berkunjung



Johan gosok baju saya – Ozlynn

Bekain pemain Arsenal Podolski kini jutawan kebab, ais krim



Umpama kembar ‘Ronaldo’ jadi perhatian ramai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker