‘The Elders’ mahu bantuan ketenteraan kepada Israel dihentikan


‘The Elders’ mahu bantuan ketenteraan kepada Israel dihentikan

Sekumpulan pemimpin global yang diasaskan oleh Nelson Mandela, menggesa kerajaan yang memberi bantuan ketenteraan kepada Israel untuk berperang di Gaza supaya memikirkan semula langkah itu.

‘The Elders’ termasuk bekas ketua Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, menuduh Israel melakukan tindak balas yang ‘tidak seimbang’ terhadap serangan 7 Oktober oleh Hamas.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata, hampir 15,900 orang sudah terbunuh di wilayah Palestin, dengan kira-kira 70 peratus daripadanya wanita dan kanak-kanak.



Angka itu menggoncang kesedaran global dan disusuli demonstrasi besar-besaran, dengan ‘The Elders’ berkata, tindakan balas Israel ‘sudah mencapai tahap tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di Gaza.

“Kita tidak boleh bertolak ansur lagi, lebih banyak pembunuhan bukanlah jawapannya. Rundingan adalah cara untuk menamatkan konflik ini,” kata mereka dalam satu kenyataan.

Tambah kumpulan itu, kerajaan ‘yang memberikan bantuan ketenteraan dengan pengetahuan kekejaman sedang dilakukan atau mungkin akan berlaku, berisiko terbabit’.

“Pemimpin dunia mesti bertindak sekarang untuk menghalang kekejaman dan menamatkan tindakan itu, termasuk menyemak segera bantuan ketenteraan kepada Israel dan meletakkan syarat untuk sebarang peruntukan masa depan,” katanya.



Kumpulan itu juga menyeru kerajaan untuk membolehkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) ‘mempercepatkan siasatannya terhadap jenayah kekejaman oleh semua pihak’.

Ia juga menggesa pemimpin yang mempunyai pengaruh ke atas kerajaan Israel dan Hamas untuk mendesak gencatan senjata secara kekal.

‘The Elders’ diasaskan pada 2007 dan menyokong keamanan, keadilan, hak asasi manusia dan kelestarian alam sekitar.

Anggota semasa termasuk bekas Perdana Menteri New Zealand, Helen Clark dan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson. BH



‘The Elders’ mahu bantuan ketenteraan kepada Israel dihentikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular



Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?



Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker